Forever Love

Di Excapade, memandangkan pelanggan tidak ramai pada petang itu, ketua pelayan yang ingin dikenali sebagai Tim menempatkan mereka bertiga di dalam bilik privasi khas yang tersedia.

Untuk dirinya, Alyaa hanya memesan green tea dan sepinggan Chicken Udon kegemarannya. Semua ini atas nasihat Wu Chun yang kini secara tidak rasminya menjadi ‘gym instructor’ nya. Manakala untuk Wu Chun pula, dia memesan dua pinggan kecil Katsu dan sepinggan Chicken Teriyaki. Adi pula memesan beberapa set sushi atas pilihannya yang ingin dihidangnya pada semua. Untuk pesanan sendiri, Adi juga memesan sepinggan Seafood Udon.

“Eh, both into Udon, huh?” Wu Chun menegur sambil matanya memandang ke hadapan Alyaa untuk melihat reaksi.

“What’s wrong with you, Chunnie? It’s up to him lah. His stomach, who cares!” Entah kenapa Alyaa tiba melenting di hadapannya.

Wu Chun dan Adi terkejut mendengar akan keadaan ton suara Alyaa berubah. Dan dalam minda mereka ligat berfikiran yang sama. Alyaa sedang berada dalam bulan mengambang.

“Baby, I tegur cam tu pun tak boleh ke? Well, Japanese flag ke?”

Alyaa menggeleng menahan malu. Dia pun tidak sangka kenapa dia tiba-tiba melenting. Sebolehnya dia ingin menyembunyikan perasaannya daripada Wu Chun. Wu Chun tidak tahu bahawa Adi adalah Nagase Tomoya look-alike yang baru diceritakan sebentar tadi. Dia ingin memberitahu Wu Chun, tapi belum tiba masanya. Biarkanlah. Mungkin hari ini adalah kali pertama dan kali terakhir Alyaa akan bertemu dengan Adi. Dan jika begini keadaannya, Alyaa menafikan bahawa dia ingin mengharapkan pertemuan seterusnya. Alyaa kini merasakan apa yang dikenali dengan cinta pandang pertama.

Sewaktu makan, Alyaa lebih banyak mendiamkan diri. Dia memberi peluang untuk Wu Chun dan Adi berkongsi cerita dan hanya mendengar perbualan mereka sambil menikmati makanannya. Dia hanya tertawa kecuali apabila ada cerita mereka berdua yang mencuit hatinya.

Wu Chun pula hanya membiarkan Alyaa dengan lamunannya agar mudah untuknya memerhatikan perihal Adi yang tidak habis-habis cuba untuk mencari peluang memandang Alyaa yang sedang termenung. Sebagai seorang kawan, dia mengerti akan perasaan terpendam kedua-dua temannya itu.

Seolah memahami situasi yang sedang berlaku, tiba-tiba telefon bimbit Wu Chun berdering. “Ella!” Hampir terlepas telefon bimbit Wu Chun bila dia melihat nama yang tertera di atas skrin telefon bimbitnya. Wu Chun meminta izin untuk keluar sebentar. Sekurang-kurangnya ini memberi peluang untuk dua hati saling berbicara.

Alyaa terkejut mendengar jeritan kecil Wu Chun menyebut nama Ella. Adi merasakan perubahan air muka yang begitu ketara di muka Alyaa bila temannya menyambut panggilan itu. Sangkaannya betul bahawa Alyaa menyimpan perasaan istimewa pada Alyaa. Adi tersenyum gembira membayangkan dia akan menang pertaruhan ini. Adi akui dalam hati sememangnya gadis di hadapannya ayu orangnya. “She is really my type,” bisik Adi dalam hati. “But I don’t mind losing my bet if that could make Wu Chun happy”.

Alyaa yang sedang menikmati makannannya mendongak apabila sedar dirinya diperhatikan. Mata nya dan mata Adi berlaga untuk seketika. Dia berasa malu. Perasaan terkejut tidak akan pernah surut. Alyaa maklumi bahawa dia memang seorang yang lemah sangat. Dia tidak suka akan ‘surprises’ atau sergahan atau teguran yang dilakukan secara tiba-tiba. Tapi belum pun sempat rasa terkejut kerana jeritan kecik Wu Chun tadi hilang, kini debaran kerana diperhatikan menambah rasa kurang senangnya.

“Kenapa?” Alyaa bertanya menginginkan kepastian.

“Hmm, takde apa-apa. Awak suka Wu Chun ke?” Adi berterus-terang ingin mengorek perasaan sebenar gadis di hadapannya ini.

Alyaa terkejut buat entah keberapa kalinya dengan soalan itu. Dan tanpa berfikir apa yang dimaksudkan dengan Adi, dia betah menjawab, “Of course lah. He is my bestfriend. I love him so much.”

“Tak, maksud saya..awak punya perasaan lebih daripada seorang kawan untuk Wu Chun?”

“Hey, perlukah awak tahu hal peribadi saya?” Alyaa melenting lagi dengan tiba-tiba. Dia tidak suka membicarakan hal peribadi dengan orang yang tidak dikenalinya.

“Alyaa, you are so unpredictable. Sekejap melenting, sekejap humble. Apa ni? Saya tanya saja. Takkan itu pun you nak marah?” keras jawapan Adi.

Hati Alyaa kecut mendengar akan perubahan suara Adi. Dia sedar dia telah melakukan kesilapan yang besar. Dia tidak dapat mengawal perasannya. “This is not me,” bentak Alyaa dalam hati.

Alyaa cuba berlembut lagi. “Ok, if you really want to know. Me and Chunnie, we are just bestfriends, not more than that. He is like a brother to me”.

Jawapan Alyaa yang tulus itu membuatkan Adi merenung Alyaa dan dia tidak sangka kali renungannya dibalas. Entah kenapa mendengarkan butir-butir kata itu lahir daripada mulut Alyaa sendiri membuatkan hatinya menjadi ringan dan fikirannya lepas bebas. Apakah sebenarnya yang dirasakannya ini? Cinta? Adi menafikan akan perasaan cinta. Adi tidak percaya dengan cinta pandang pertama. Baginya cinta pandang pertama is all nonsense. Adi khuatir akan kecundang lagi.

Dan suasana sepi seketika. Alyaa dan Adi, masing-masing tidak ingin membuka mulut lagi. Takut suasana akan menjadi tegang semula.

“Mungkin ini bukan cinta, bila dia buka mulut aku melenting. Kenapa ya? Aku bukan macam ni orangnya. Aku kan happy-go-lucky orangnya. Tapi kenapa depan Adi aku jadi macam ni? Emosi aku terus tidak stabil,” Alyaa mengajukan persoalan pada hatinya.

“Alyaa, opposites attract. You dan Adi bagaikan magnet. Two different poles but cannot resist each other for attraction,” ada satu suara halus terngiang di telinga Alyaa.

“Truce?” tiba-tiba Adi bertanya sambil mengangkat tangan dan menyuakan jari kelingkingnya menghentikan lamunan Alyaa.

“Kenapa?” Alyaa hairan.

“Kita tak akan bertengkar lagi? Tak seronok lah if kita nak tengkar-tengkar je” Adi memulakan bicara semula selepas beberapa minit mereka mendiamkan diri. Seksa rasanya bila tidak mendengar suara petah Alyaa. Dia ingin sekali mendengar suara lunak itu berbicara. Dan kali ini, biar dia saja yang mengalah.

Kali ini Adi tidak menafikannya. Hatinya sudah terpaut.

“Truce,” balas Alyaa dan tersenyum manis. Alyaa merasakan dirinya kembali seperti biasa. Dia dan Adi akan menjadi seperti dia dan Wu Chun. Alyaa pasti mereka boleh menjadi sahabat yang baik.

Adi terpaku seketika bila melihat senyuman itu.

“So what’s up guys? Baby, is everything alright? Adi is being a good boy,right?” Wu Chun menerpa masuk ceria.

“Chunnie, happy nyer. What’s up?” soal Alyaa tersengih bila melihat sinar yang terpancar dari wajah Wu Chun.

“Ella! She will be coming to Brunei!”

“OMG, Really?? I waaaaaant to meet her, Chunnie!!!!” Alyaa tumpang gembira. Dan mungkin salah satu impiannya akan tercapai. Sememangnya dia adalah salah seorang peminat Ella, semenjak Ella masih terlibat dalam bidang nyanyian lagi. Dia juga merasa gembira bila tahu Wu Chun cuba untuk memikat hati Ella.

“Dude, I think she’s missing you that much eh. Sanggup pulak turun Brunei!” Adi mencelah.

“Well, like I said the best man win!” jawab Wu Chun sambil menepuk dadanya bangga.

“Apa punya pepatah lah budak sepet ni pakai!” sungut Alyaa.

“Baby, you ingat I tak dengar ke apa yang you cakapkan tu?” Wu Chun menarik muka. “By the way, korang dah selesai makan ke? Aku dah kenyang lah,” Wu Chun menyorong pinggannya yang masih berisi ke hadapan Adi.

“Ha’ah baguslah tu. Kau ingat aku vacuum? Senang-senang jer nak suruh orang habiskan. Kenyang dilamun cinta. Aku tak nak lah, perut aku dah sebu,” Adi menyorong kembali pinggan yang berisi Chicken Teriyaki.

Alyaa menyuarakan keinginannya. “Chunnie, I want! Please!” Alyaa merayu.

“No! Remember, you are on a diet!”

“B-but–,” belum sempat Alyaa menghabiskan ayatnya, Wu Chun memberi satu renungan tajam.

“Tak pe lah,” Alyaa mengalah.

“Chun, tak pe lah biar dia makan satu je. Nanti dia kempunan, siapa yang susah? Maunya dia mengigau tengah malam nak makan Teriyaki tu nanti, kau nak ketuk ke Excapade ni?” Adi cuba untuk mempertahankan Alyaa.

“Eh, since when pulak korang pandai main defend-defend ni? Ada apa-apa ke?” naik kirai kanan Wu Chun memandang Adi.

“Tak, aku cakap yang benar dude. I’ve been there once. And you know how crazy a person will be. Kita tak tau lah kan apa nak jadi lepas ni. What if unwanted circumstances happened? Are you going to responsible? Menyesal nanti Wu Chun!” Adi menegakkan hujahnya. Bukannya apa, dia khuatir Alyaa kempunan. Dia tidak ingin pisang berbuah dua kali. Dia pernah merasakannya dan itulah yang menjadi sesalannya.

“Ok, ok. I’ll let you go this time, Alyaa. Just one, okay? And as a punishment, Adi have to finish the rest. Set?” Wu Chun memulangkan paku buah kerasnya.

Alyaa tersenyum gembira dan tangannya pantas mencapai satu Chicken Teriyaki dan memakannya dengan gelojoh sekali. Wu Chun dan Adi hanya tertawa menyaksikan akan gelagatnya itu. Adi merasa puas dengan perasaannya mempertahankan keinginan gadis manis di hadapannya itu.

Selesai makan, Adi beredar ke kaunter untuk menunaikan janjinya untuk membelanja Alyaa dan Wu Chun makan.

“Thanks for the treat, Adi” Alyaa mengucapkan terima kasih dan di dalam hatinya mendoakan agar jejaka mempunyai wajah mirip Nagase Tomoya ini akan sentiasa dimurahkan rezekinya.

“No problem, for you! Anytime,” dan Adi mengenyitkan mata pada Alyaa.

Wu Chun berdehem dan hati Alyaa berdegup kencang.

Mereka terus beredar dan saat mereka tiba di bawah ingin pulang kembali ke The Mall, hujan turun dengan lebatnya.

“Shyte, it’s raining!” Wu Chun merungut. “Macam mana nak balik ni? Hmm, siapa yang handal sangat buat weather prediction tak guna tadi tu ha?” Wu Chun menyindir Adi.

Alyaa tertawa riang.

“Hey, I’m just telling you the information I got from weather forecast. Don’t blame me! Seriously man, there were stars just now. I didn’t expect it to rain this heavily,” Adi tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

“It’s okay lah. We’ll just wait for a while. If hujan ni tak mahu berhenti, then we have to find a way,” Alyaa memberi cadangan.

“I don’t see it will stop anytime soon, baby. You guys wait here for a while. I’ll talk to Tim if he could send us off back to The Mall. Okay? Since dia punya kereta kat depan ni” Wu Chun menyuarakan pendapatnya dan menunjukkan pada kereta merah jenama Mitsubishi Lancer.

“Hmm, that’s a good idea,” Adi setuju.

Alyaa hanya mengangguk. Dia bangga mempunyai teman seperti Wu Chun yang begitu peramah. Dengan ketua pelayan dekat Excapade Sushi tu pun boleh jadi teman rapat. Al-maklumlah kan, artis kesayangan ramai!

Wu Chun bergegas semula naik ke tingkat atas untuk meminta pertolongan Tim dan meninggalkan Adi dan Alyaa berdua.

Imuniti Alyaa yang sangat lemah mengakibatkan tubuhnya menggigil kesejukan jika terkena hujan.Menyedarkan akan keadaan itu, Adi lantas menanggalkan jaketnya dan meletakkannya ke atas bahu Alyaa.

“It’s okay. You don’t have to,” Alyaa bersuara lemah dan melepaskan batuknya. “Excuse me.”

“No worries. I tengok you menggigil tu”

“Thank you”

Dan melihat akan kemesraan kedua pasangan itu, ada sepasang mata berbaur cemburu sedang memerhatikan mereka.

[BERSAMBUNG…..]

Lelaki itu menghulurkan tangannya ingin bersalam, “Saya Adi. Nice to meet you again”. Dan atas alasan bukan muhrim, Alyaa hanya mengangguk sebagai sambutan salam lelaki itu. Lelaki yang bernama Adi mengangguk faham dan Wu Chun di sisi hanya tersenyum.

“Saya Alyaa, you can call me Alyaa” Alyaa Haziqah membalas dengan suaranya yang gugup.

“Baby, are you ok? You looked pale! Macam nampak hantu!” Wu Chun menegur Alyaa yang masih terpaku.

“Haish! Chun, kau tak bagitau aku pun kau dah ada girlfriend. Melepas lah aku kali ni. Nampaknya Triple 10 kau punya lah geng!” Adi bersuara bila mendengar Wu Chun memanggil Alyaa dengan panggilan “Baby”.

“Heh, kau ni! Bila masa aku ada girlfriend nih?”

“Then Alyaa ni siapa? Siap panggil Baby lagi?” soal Adi. Entah kenapa tiba-tiba saja Adi merasakan dia ingin tahu apa hubungan Wu Chun dengan Alyaa. Sedangkan dia tahu tidak mungkin Wu Chun akan berkahwin dengan perempuan Melayu, lebih-lebih lagi dengan perempuan bertudung seperti Alyaa.

Dan sepanjang dia mengenali Wu Chun dari sejak kecil lagi, dia kenal dengan family Wu Chun yang ingin mengekalkan adat dan kebudayaan serta agama mereka. Walaubagaimanapun, tidaklah keluarga Goh sampai ingin mengenepikan adat yang lain. Tapi tidak tahu lah, sedangkan pantai lagi berubah, ini pula hati manusia!

Wu Chun menjemput Adi duduk. Dan dia merasa risau akan perubahan ketara pada wajah Alyaa.

“Alyaa, are you okay??” Dan buat kesekian kalinya, lambaian tangan di hadapan mata itulah yang menyedarkan Alyaa Haziqah dari lamunannya.

Alyaa mengangguk. “Yes, I’m alright. Could you guys please excuse me for a while?” Alyaa meminta izin untuk keluar sekejap.

Alyaa merasakan dia perlu mengambil angin sekejap kerana tiba-tiba merasakan nafasnya sesak dengan kehadiran lelaki itu yang baginya tidak sudah-sudah ingin memerhAlyaan dirinya. Alyaa Haziqah berlalu ke tandas dan memerhAlyaan jika ada apa-apa yang tidak elok mencacatkan penampilannya yang boleh menyebabkan Adi meAdiungnya sedemikian rupa. Dia tidak betah untuk melawan Adiungan itu. Dan dia tidak pasti adakah Wu Chun menyedari akan perkara itu.

“Kenapa aku jadi macam ni, hah?” soalnya sendiri dalam hati. Adakah ini dinamakan cinta? Kenapa hati terasa berdebar bila melihat wajahnya? Inikah Cinta?

“ARGH! Tak mungkin aku jatuh cinta!” bentak Alyaa dalam hati menafikan perasaan yang tidak menentu di dalam hatinya.

*****

“So, what are you up to now?” Wu Chun menyoal Adi sejurus selepas Alyaa meminta izin untuk keluar.

“Hmm.. nothing. Stays at home doing nothing. Well, basically I work from home. Business is just right! Aiyaya.. let’s not talk business. Tell me more about you and Alyaa. Aunty Marie tak bantah ke you and her?” Adi mula mengorek rahsia daripada Wu Chun. “You and Ella, as of the gossip laid around tu, how? Tak menjadi ke?”

“HAHAHA!” Meledak ketawa Wu Chun mendengar akan soalan Adi. “Adi, Adi~” W Chun menggelengkan kepalanya.

“Like I said just now, Alyaa is only my bestfriend, not more than that. I met her three years ago when I was in Melbourne. She was in the same university with me. Pasal my mom, she’s okay I guess if I’m with Alyaa. But then, I can confirm with you. Me and Alyaa only friend. Not more than that. And about me and Ella, we are still working on it. If possible, we don’t want the relationship to be destroyed by the media. You heard everything, you knew everything right?” terang Wu Chun panjang lebar menjawab persoalan yang bermain di benak fikiran Adi.

Mendengar akan jawapan Wu Chun, Adi menarik nafas lega. Entah kenapa.

“So, what makes you come here? Out of the blue pulak tu!” Wu Chun bertanyakan perihal Adi datang bertandang ke pejabat. Bukan apa, susah actually nak jumpa Adi kalau waktu begini! Maklumlah orang sibuk dengan business lah katakan.

“Oh yeah..I came to give this back!” Adi menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan sekeping kad berwarna ungu.

“Eh, that’s Fitness Zone’s membership’s card. When did you register?” tanya Wu Chun kehairanan.

“Well, it’s not mine. Alyaa punya.” Adi menghulurkan kad itu kepada Wu Chun. “ I think she tercicir just now in the lift”

“LIFT??? You mean you met Alyaa just now in the LIFT?!!” Wu Chun menjerit dan terus berdiri.

Wu Chun meraup mukanya seolah tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya.

“Yes! I actually met her tadi on my way to the fourth floor. Need to settle some things up there. She went out arah third floor. Then I saw this lying down on the floor dalam lif. I saw her name, and it’s your gym’s membership card. And so I picked it up and thought to give it back to you now. Actually, nak turun semula but then it was kinda urgent for me to meet Pengiran then, so I decided to give it back this time and terus lah nak jumpa kau since .. oh well.. I know you’re back!” giliran Adi pula untuk menerangkan dengan panjang lebar.

“OMG! I just can’t believe this” Wu Chun masih tidak percaya. Sekarang dia tahu kenapa Alyaa tiba-tiba berubah laku.

“Why?” soal Adi. Masih bengang dan hairan.

“Hmm.. nothing! Ok lah, I’ll give this to Alyaa later. Heh, since you are here.. why don’t we go dinner together?” ajak Wu Chun dan fikiran liciknya mula meAdicanakan sesuatu. “Are you free tonight? Or ada football match?” Wu Chun menduga.

“Hmm, nope. Not tonight. Last night dah. Yes!! Liverpool is going to be a champion this year dude! So, let’s go and celebrate. Hahaha,” Adi begitu teruja. Tapi tersedar akan terujanya itu, dia lupa tentang Alyaa, manalah tahu Alyaa hendak makan bersendirian dengan Wu Chun. Iyalah, hati perempuan.. manalah tahu kan. Kot-kot Alyaa tu menaruh hati pada Wu Chun. Tak ke haru! “How about Alyaa? Will she be okay if I join you guys?”

“Eyh. Sure punya! I know my baby very well, Adi! You have to know her! She’s very friendly! And if you want to bet, she is your type!” Wu Chun menepuk bahu Adi.

“Ok. We will see. If she is, then you are so going to pay for my next holiday trip to Tokyo! Deal?”

“SET!” Wu Chun dan Adi bersetuju akan pertaruhan ini.

“Wait! What if, she is not? Then you are so going to be my bestman for my wedding dude! Deal?” Wu Chun pula meletakkan syaratnya.

“DEAL!” Dan kedua lelaki itu bersalam tanda persetujuan dimeterai. “May the best man win!”

Pintu terkuak perlahan. Alyaa Haziqah melangkah masuk. Kedua lelaki itu terkejut. Berasa khuatir jika Alyaa sebenarnya terdengar akan perbualan mereka.

Alyaa merasa hairan bila melihat tangan Wu Chun dan Adi bersatu. Dia menyapa, “Eh dah nak balik ke, Adi?”

“Oh belum lagi. We’ve just finished playing arm wrestling. Saja dah lama tak main,” Wu Chun pantas menjawab bila sedar yang Alyaa sememangnya tidak tahu akan perbualan mereka tadi.

“So who’s winning?” Alyaa bertanya cuba untuk menghilangkan rasa ganjil yang mula timbul lagi dalam dirinya bila berhadapan dengan Adi.

“Tengok orang lah baby! Of course, your dearest Chunnie win lah!” Wu Chun menjawab dengan bangga.

“By the way Baby, we dinner kat luar tonight ye? Mr. Adi kita ni nak belanja pasal Liverpool confirm jadi champion EPL this season! You don’t mind, right?” Wu Chun menyuakan cadangannya pada Alyaa.

“Eh betul ke? Adi nak belanja ni? Hahaha! Why not? My pleasure,” Alyaa membalas dan merasakan perasaan bedebar dalam hatinya mula beransur pulih.

“See, I told you riiiiight!” bisik Wu Chun pada Adi dan melangkah ke sisinya untuk mengambil kunci keretanya.

Kad membership Alyaa dimasukkannya ke dalam lacinya. Dia tidak bercadang untuk memberinya kembali pada waktu ini. Dia ingin meAdicanakan satu agenda. Dalam hatinya, semoga bahagia milik Alyaa suatu hari nanti.

“So, where to? Excapade?” Wu Chun mencadangkan.

“Mana saja lah geng! Kau tu yang dah lama tak makan kat Brunei ni, so your selera!” Adi menjawab dan Alyaa hanya mengangguk tersenyum.

Alyaa Haziqah terpandang akan beg sandang yang dibawanya tadi. Dan dia baru teringat akan tujuan asalnya untuk datang ke Fitness Zone.

“B-but, Chunnie!!!! I supposed to enrol for a program right? And Excapade! I am overweight!!!” Alyaa Haziqah mula merungut dan bising.

Adi ketawa mendengar rungutan itu dan Wu Chun mula mengeluarkan peluru bisanya, “Baby, when on earth you tak overweight? You are always in denial! Hahaha!”

“WU CHUN!!!!!” suara Alyaa bergema memenuhi ruang pejabat Wu Chun.

“Ok lah, as a start, from here, we just walk to Excapade lah. Is that fine with you princess? Kita buat yang basic ye” Wu Chun mengambil beg sandang Alyaa dan menyimpannya di dalam kabinetnya.

“Hmm..bagus cadangan Wu Chun tu Alyaa, lagipun cuaca petang ni baik. Tengok weather forecast tadi, malam ni weather baik sangat,” Adi yang telah lama mendiamkan diri mencelah.

Alyaa Haziqah hanya mengangguk setuju. Dan mereka pun berjalan beriringan turun ke ground floor untuk berjalan kaki ke Excapade Sushi yang terletak di seberang jalan.

[BERSAMBUNG…..]

Hello!

As I promised, this is the first post of my so-called cerpen. This is the very first draft. Apologies for any spelling errors, malay and english grammar errors. In the meantime, do have fun here!

Enjoy~♥

****************************************

Alyaa Haziqah menggeledah beg tangannya, dan pantas mencapai telefon bimbitnya. Dia ingin menghubungi teman seuniversitinya dulu sewaktu dia menuntut di Australia, Wu Chun. Jejaka cina berkerakyatan Brunei itu adalah sahabat baiknya sewaktu sama-sama menuntut di University of Sydney, walaupun hakikatnya mereka mengambil kursus yang berlainan.

Ahh..benar kata orang, bila sudah ada masalah baru teringatkan kawan. Itulah yang dialaminya kini. Alyaa Haziqah baru sahaja kembali daripada klinik kesihatan Berakas A untuk temujanji bulanannya bersama pakar kesihatan wanita. Dia telah dinasihatkan untuk mengurangkan berat badannya kerana dikhuatiri penyakit darah tinggi nya datang kembali. Dia kini berada di dalam fasa ‘overweight’. Dia sedar akan keadaan berat badannya yang semakin hari semakin bertambah kerana terlalu stress dalam menguruskan pekerjaannya yang baginya semakin hari semakin banyak.

Alyaa Haziqah pantas mendail nombor telefon Wu Chun. Dan kedengaran nada dering lagu opening Hana Kimi di talian yang satu lagi.

“Hey Baby, what’s up?” kedengaran satu suara yang menyambut panggilannya.

“Chunnie, where are you? Is your offer still standing for me? The 75% discount for me?” Alyaa terus menanyakan apa yang tersirat di hatinya. Dengan Wu Chun atau panggilan manja yang dibuat oleh Alyaa iaitu Chunnie, memang tidak ada perasaan malu atau pantang ingin bercakap dengan dia.

“Of course dear! Why? See, I told you earlier already,” Wu Chun ingin memulakan celotehnya.

“Ok, Ok, I’ll drop by at your office after I balik rumah, ok? I need to tukar my baju first and get some stuffs that mom got for you,” aku terus mencelah sebelum dia memulakan leterannya.

“What? Really? Aunty got something from me? Hmm… I wonder what! Could it be? Her Tiramisu which is my all-time favourite? I can’t wait! Ok, go now. Drive fast but be careful, baby, ok? I’ll see you soon,” suara Wu Chun yang begitu ceria menyenangkan sedikit hatinya yang gusar. Telatah Wu Chun yang begitu peramah dan happy-go-lucky itulah yang membuatkan dirinya disenangi dengan peminat-peminatnya.

Wu Chun adalah teman Alyaa yang paling baik, yang sentiasa bersamanya di dalam susah dan senangnya. Hanya dia seorang saja yang berani sangat memanggil Alyaa dengan panggilan manja “Baby” walaupun sudah berkali-kali dilarang kerana Alyaa sendiri kurang senang dipanggil dengan sedemikian rupa. Kalau ikutkan paras rupa Alyaa, dia sedar yang dirinya sememangnya tidak layak untuk berganding dengan Wu Chun. Cuba bayangkan mungkinkah seorang gadis montel berjalan bersama dengan seorang jejaka pujaan ramai? Tambahan lagi, namanya kini mula naik di bidang seni setelah bakat lakonnannya yang selama ini memang Alyaa maklumi bakat terpendam ada dalam diri Wu Chun yang telah digilap dan ditemui oleh seorang pengarah terkenal sewaktu dia bercuti bersama keluarganya di Taiwan.

Semenjak itu, Wu Chun asyik berulang-alik dari Brunei ke Taiwan. Susah sekali ingin berjumpa dia sebenarnya, mungkin nasib Alyaa baik kali ini. Maklum lah kan, artis terkenal. Jadual hariannya penuh dengan pelbagai aktiviti. Pernah sekali sewaktu dia pulang untuk bercuti ke Brunei, dia menunjukkan Alyaa jadual hariannya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana dia boleh melakukan semua itu. Bayangkan sahaja, seawal pukul 5 pagi dia mesti bangun semata-mata untuk turun ke ofis bagi bersiap sedia untuk sessi penggambaran untuk filem terbaru nya, “Hot Shot” dan juga memenuhi permintaan pihak media untuk sessi photoshoot. Selain daripada itu, dia juga kena pergi ke studio untuk merakam lagu-lagu untuk album terbaru Fahrenheit yang akan dikeluarkan pada pertengahan tahun hadapan. Temuramah sana temuramah sini, sememangnya tidak ada perkataan ‘rehat’ dalam kamus hidupnya sejak kami ‘graduate’ dan pulang ke Brunei.

Alyaa merasa bangga kerana dia telah mengenali sebelum dia menjadi terkenal lagi. Dia adalah seorang yang tidak lupa diri. Wu Chun yang sememangnya petah berbahasa Melayu walaupun kadang-kadang ada juga songsang cara sebutannya pernah mengungkapkan padaku sebelum dia berangkat untuk pertama kalinya ke Taiwan untuk urusan pekerjaannya, “Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah jua” dan satu lagi peribahasa yang selalu bermain dibibirnya yang dengan sukahatinya di terjemahnya daripada Bahasa Melayu iaitu “ Even if it is raining gold in Taiwan, and raining stones in Brunei, you know that home country is still the best”.

Terkenang akan perangai gila-gila sahabat nya yang satu ini boleh membuatkan Alyaa tersenyum sendiri dalam perjalanannya memandu balik ke rumah. Perjalanan balik dari Klinik Kesihatan Berakas A ke rumahnya yang terletak di Kampong Manggis Dua tidak mengambil masa yang lama, hanya dalam masa 10 minit sudah sampai. Dan dalam masa 10 minit itu Alyaa menghiburkan diri mengimbas kembali kenangan manis dengan Wu Chun apabila DJ Azil di Rangkaian Pelangi memutarkan lagu Fahrenheit yang kini menjadi siulan anak muda terutama di kalangan remaja perempuan.

Sesampai Alyaa Haziqah di rumah, Alyaa terus memberi salam pada ibunya yang sedang duduk di bangku taman kecil yang ada depan rumah dan menghulurkan tangan mencium mesra tangan ibunya yang keAlyaa itu sedang sibuk mengubahsuai pokok bonsai yang sudah mula tumbuh dengan lebatnya.

“Awal Alyaa balik hari ni, tak banyak kerja ke kat ofis?” Hajah Asnah bertanya pada satu-satunya anak tunggalnya itu.

“Hmm, hari ini Alyaa kerja setengah hari saja mak, baru je balik dari klinik tadi. Pemeriksaan bulanan. Lepas ni, Alyaa nak keluar kejap lagi ye mak, nak jumpa Wu Chun,” terang Alyaa dan terus meminta izin untuk keluar dengan teman baiknya.

“Eh, Wu Chun ada kat sini ke? Bukan ke dia tengah sibuk sekarang ni?” tanya Hajah Zaitun kehairanan kerana seingatnya dua minggu yang lalu keAlyaa dia bertandang ke kedai bunga Puan Marie Goh, dan Puan Marie Goh ada memberitahu bahawa Wu Chun tidak akan kembali ke Brunei sehingga hujung tahun ini. “Aunty Marie kau kata Wu Chun balik bulan Disember ni dan akan bercuti dua bulan sehingga hujung bulan Februari tahun depan?”

“Ohhh.. pasal tu. Tu yang mak dia tak tahu. Dia nak bagi ‘surprise’ kat Aunty Marie minggu lepas. Aunty Marie sambut harijadi dia last week. Kan dia ada jemput mak dan ayah last week for the celebration, yang mak dan ayah tak dapat datang tu pasal kena balik kampong untuk majlis kahwin anak sepupu ayah, ingat?” Alyaa menerangkan pada ibunya.

“Ooooo… jadi nya yang Alyaa tak dapat datang majlis tu, pasal Alyaa dah janji lah ni dengan Wu Chun nak ambik dia kat airport agaknya?” Hajah Zaitun meneka lagi.

“BINGO! Betul lah tekaan mak tu!,” Alyaa memeluk manja emaknya dan mencium pipi emaknya. “Sayaaang mak…”

“Heesh.. budak ni! Pergilah mandi dulu. Sembahyang Asar dulu, lepas tu baru jalan. Nanti sebelum nak jalan, beritahu mak, mak nak ambil Tiramisu untuk Wu Chun kat dalam fridge. Hmm… no wonder kuat hati mak nak buat lebih, budak sepet tu ada kat sini rupanya,” Alyaa ketawa mendengar bebelan maknya.

“Yelah.. yelah.. Alyaa naik dulu ye!” dan dia lantas berlalu pergi meninggalkan Hajah Zaitun untuk menyambung kerjanya.

Selesai mandi dan bersembahyang Asar, Alyaa Haziqah menyarungkan sehelai baju T-shirt berlengan panjang berwarna biru laut dan memadankannya dengan track suit Nike berwarna hitam. Outfitnya kali ini dipadankan pula dengan tudung berbunga hijau berlatarbelakangkan warna ‘navy blue’. Wajah Alyaa Haziqah tidak memerlukannya untuk bersolek dengan lebih lama kerana dia mempunyai kulit yang begitu cerah. Dia hanya perlu menyapukan moisturizer dan mencalitkan sedikit gincu berwarna maroon lembut ke atas bibirnya. Tangan dan tengkuknya disemburkan dengan minyak harum berjenama Dior Addict.

Alyaa berjalan menuju ke cermin panjang di penghujung biliknya dan membelek-belek dirinya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia terus mencapai kunci keretanya dan beg tangannya serta satu beg sandang berisi pakaian persalinan yang sudah dikemasnya sebelum dia mandi tadi.

Setibanya di bawah, Alyaa terlihat Hajah Zaitun yang sedang sibuk di atas meja makan memasukkan dua bekas berisi Tiramisu kegemaran Wu Chun ke dalam kotak plastik.

“Ha, panjang pun umur. Baru nak panggil tadi. Lamanya Alyaa bersiap tadi. Tadi Wu Chun ada telefon dia tanya pasal Alyaa if Alyaa jadi ke tak nak pergi ofis dia,” Hajah Zaitun menghulurkan kotak plastik pada Alyaa.

Alyaa menyambutnya, “Alamak! Alyaa lupa nak cek handphone Alyaa tadi. Agaknya dah berpuluh miscall Wu Chun buat sampai nak telefon rumah.” Dia mencapai telefon bimbitnya yang ada di dalam beg tangannya. Sesal sungguh kerana membuatkan telefon bimbitnya dalam mode silent dan lupa mengembalikannya kepada mode asal waktu sampai rumah tadi. Ada 20 missed calls daripada Wu Chun.

“Ok lah mak, Alyaa jalan dulu ye. Alyaa rasa malam ni Alyaa tak balik dinner malam ni,” Alyaa lantas keluar rumah diiringi dengan Hajah Zaitun menghantarnya ke pintu depan. Sebelum berpergian, Alyaa Haziqah menyalam tangan ibunya.

“A’ah.. ye lah tu. Berjalan tu elok-elok. Wu Chun tu lelaki, Alyaa pula perempuan. Jangan nak memesong tempat lain pulak,” Hajah Zaitun mengingatkan anak perempuannya.

“Heesh.. mak ni ke situ lah pulak. Takder nyer macam tu. Macam lah mak tak kenal dengan Wu Chun tu. Ok, Alyaa jalan dulu. Kalau Abah balik nanti, kirimsalam pada dia. Sorry tak sambut dia pulang,” Alyaa mengirimkan salam pada ayahnya, Haji Azhar yang akan tiba dari Kuala Lumpur pada pukul 5.30 petang.

Alyaa memandu keretanya dengan perlahan dan terus menuju ke lebuh raya Sultan Haji Hassanal Bolkiah untuk ke pusat membeli belah The Mall, Gadong. Di sanalah dia akan berjumpa dengan Wu Chun. Teman baiknya itu memiliki sebuah gym yang terletak di tingkat teratas bangunan The Mall Gadong itu yang berdaftar atas nama Fitness Zone. Fitness Zone ini adalah hasil titik peluh Wu Chun setelah tiga tahun berhempas pulas di universiti untuk menyempurnakan jurusan ijazah sarjana muda pertama yang diambilnya dalam bidang Sports Science dengan modul sampingan dalam Business Administration.

Setibanya di kawasan Gadong, dia lebih berhati-hati kerana kawasan Gadong yang begitu sesak. Maklumlah, Gadong adalah pusat tumpuan bagi penduduk yang tinggal di Bandar Seri Begawan. Di kawasan Gadong itu sahaja sudah mempunyai dua pusat membeli belah dan yang paling besar sekali ialah The Mall. Tanpa membuang masa, dia terus masuk ke tempat letak kereta berbayar di bawah tanah kawasan The Mall itu. Dia lebih selesa begitu daripada bersesak cuba ingin mencari tempat letak kereta di bahagian atas.

Itupun nasib Alyaa Haziqah kurang baik kerana mendapat tempat letak kereta di tingkat paling bawah. Bukannya apa, dia lebih selesa jika dia mendapat tempat letak kereta di tingkat pertama tempat letak kereta berkenaan memandangkan ianya kurang ‘dodgy’ dibandingkan dengan tingkat paling bawah. Tapi apa boleh buat, dia sudah membayar tiket letak kereta berkenaan, oleh itu Alyaa menempatkan keretanya berdepanan dengan pintu lif untuk naik ke tingkat atas.

Jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 4.30 petang. Alyaa terlewat sedikit sedangkan dia sudah berjanji dengan Wu Chun akan tiba sebelum pukul 4 tadi.

“Alamak, moga-moga Wu Chun tak fire aku hari ni,” doa Alyaa dalam hati sambil kepalanya ligat memikirkan alasan yang ingin diberi pada Wu Chun atas kelewatannya dan bergegas menuju ke dalam lif yang sememangnya sudah sedia terbuka.

Dia menekan butang ke tingkat tiga. Sebelum pintu lif sempat tertutup, sepasang tangan cuba untuk menolaknya.

“Maafkan saya,” si empunya tangan memohon maaf. “Saya cuba panggil cik sebentar tadi untuk tunggu saya, tapi agaknya cik tak dengar,” sambung lelaki itu.

Alyaa yang sememangnya terkejut dengan sepasang tangan yang tiba-tiba menahan pintu itu hanya mampu terdiam untuk sekeAlyaa. Sebenarnya Alyaa mempunyai sedikit sifat lemah semangat. Fikirannya mudah memikirkan benda-benda yang tidak logik dan sentiasa membuat dirinya dalam ketakutan.

Lelaki berkenaan kehairanan kerana tidak mendapat apa-apa balasan daripada Alyaa dan dia terus menoleh. Lelaki itu terkejut bila melihat wajah Alyaa pucat tak berdarah.

“Cik, Cik, Ok ke?” lelaki itu melambai-lambaikan tangannya di hadapan mata.

Seolah sedar dari mimpi, Alyaa Haziqah terkejut.

“Oh, maafkan saya. Saya terkejut dengan kehadiran Encik dengan tiba-tiba tadi. Maaf, saya ni memang lemah semangat sikit orangnya,” Alyaa memohon maaf kerana kealpaannya melayan rasa takutnya dan cuba untuk berjenaka sedikit untuk menghilangkan rasa takutnya.

“Oh takpe. Saya pun tak tahu kan, dan sekarang saya tahu,” lelaki itu tersenyum menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya dan terus menekan butang lif ke tingkat 3 dan tingkat 4 dan pintu lif pun tertutup. Dan buat kesekian kalinya Alyaa terpana melihat betapa manisnya wajah itu bila dia tersenyum.

Suasana di dalam sunyi kerana lelaki itu sibuk dengan PDAnya. Dan Alyaa Haziqah mengambil peluang berkenaan untuk memerhAlyaan lelaki itu. Lelaki itu mempunyai wajah yang begitu menarik dan rambut panjang mencecah bahu diikat ke belakang dengan rapi. Bentuk badannya well-built sesuai dengan ketinggiannya mencecah dalam 5”7. Sekali pandang, macam Nagase Tomoya. Pelakon Jepun yang sememangnya Alyaa Haziqah minati sejak dahulu lagi.

Lelaki berkenaan mungkin terlalu sibuk sehingga tidak menyedari bahawa dirinya diperhAlyaan sebegitu rupa.

“Masya-Allah,” di luar sedarnya, Alyaa telah melepaskan kalimah Allah membuatkan lelaki berkenaan mengangkat wajahnya dari PDA nya.

“Kenapa cik?” Lelaki itu merasa hairan akan perangai pelik Alyaa yang tiba-tiba mengucapkan kalimah pujian itu.

“Oh..tak de apa-apa,” Alyaa cuba untuk menutup malunya kerana tersasul.

“Cik ni kuat sangat berangan yek,” balas lelaki itu lagi tersenyum.

Kalau lah iman tak cukup kuat, Alyaa rasakan dirinya boleh terjelepok di dalam lif itu juga kerana cair. Dan pintu lif pun terbuka.

Menunjukkan sifat gentleman yang ada pada dirinya, lelaki itu memberi laluan pada Alyaa untuk membolehkan dia keluar dahulu.

“Thank You,” Alyaa Haziqah melangkah keluar selepas mengucapkan terima kasih dan dalam hatinya berharap akan ada pertemuan seterusnya.

“My pleasure. Hope to see you again,” kata lelaki itu seolah-olah dia dapat membaca apa yang bermain dalam fikiran Alyaa keAlyaa itu.

Alyaa berpaling sekeAlyaa untuk melihat pintu lif tertutup semula kerana lelaki itu sebenarnya ingin pergi ke tingkat empat. Dan Alyaa pun bergegas menuju ke ofis Wu Chun.

“Good afternoon, ma’am! Can I help you ma’am?” Alyaa Haziqah disambut mesra oleh seorang wanita berbangsa Filipino yang bekerja sebagai penyambut tetamu Fitness Zone.

“Good afternoon, Sherry! Is your boss in?” Alyaa membalas sapaan wanita itu kembali.

“Ohhh.. ma’am! It’s you. Long time no see. You look diffeAdit ma’am. Hold on ma’am. I will call him first,” wanita berbangsa Filipino bernama Sherry itu lantas mencapai gagang telefon untuk menghubungi Wu Chun.

“Yeah, I know. I know. I have gained a lot this few months, Sherry!” balas Alyaa Haziqah berjenaka dan Sherry hanya tersengih sementara menunggu panggilannya disambut.

“It’s ok ma’am! Gain weight no problem, you still beautiful ma’am!” Sherry menyakatnya kembali.

“Boss, ma’am Alyaa is here already. Can she go in?” Sherry bertanya ramah pada majikannya setelah panggilannya disambut.

Sejurus selepas Sherry meletakkan gagang telefonnya, pintu bilik pejabat Wu Chun pun terbuka.

“Babyyyy, late again! Sampai bila nak macam ni?” Wu Chun tersenyum ceria menyambut kedatangan Alyaa kali ini. Wu Chun mendepangkan tangannya untuk memeluk Alyaa dan seperti biasa, Alyaa akan berjaya mengelaknya. “Come, let’s go in!”

Wu Chun menutup pintu bilik pejabatnya. Keadaan bilik pejabat Wu Chun berbeza di pandangan mata Alyaa. Sudah lama dia tidak memasuki bilik itu. Kali terakhir seingatnya pada tahun lepas.

“Here, this one for you from my mom,” Alyaa menghulurkan satu bungkusan plastik mengandungi dua bekas Tiramisu pesanan Hajah Zaitun tadi.

“I knew it. I knew it. I know that Aunty H loves me so much!” meledak ketawa Alyaa mendengar Wu Chun yang sibuk mengangkat bakulnya sendiri.

Wu Chun menyambut bungkusan dan membuka plastik berkenaan. Dia mencapai sudu yang tersedia di dalam mugnya dan menyudu besar keratan Tiramisu itu.

“Heeshh.. tak menyempat-menyempat budak satu ni,” Alyaa menggelengkan kepala melihat perangai Wu Chun yang seperti tidak makan setahun itu.

“Hmm…oishiii!!!” Wu Chun memuji betapa sedapnya Tiramisu air tangan Hajah Zaitun itu dalam bahasa Jepun.

Dan mendengar akan perkataan itu, Alyaa Haziqah tiba-tiba teringat akan lelaki yang ditemuinya tadi di dalam lif.

“Chunnnnie!! You know whaaaaat?”

“Whaaat? You have a boyfriend????? Why didn’t you tell me earlier?” Wu Chun terkejut dengan sergahan Alyaa yang tiba-tiba itu. “Can’t you just wait me finish swallow this first then baru kejut?” Merah padam muka Wu Chun kerana tersedak dan Alyaa Haziqah menghulurkan mug yang berisi air kepadanya.

“Gomen.” Alyaa memohon maaf akan kesilapannya. Dia terlalu teruja untuk mengkhabarkan cerita itu.

“Ok, now. Fill me in,” Wu Chun yang sudah selesai makan mengelap mulutnya dan menyimpan bekas berkenaan ke dalam peti sejuk kecil berwarna hitam di penghujung biliknya.

“JUST NOW! I SAW NAGASE TOMOYA LOOK-ALIKE!!! He’s so cuuuuteeee. OMG!”

“Where?”

“In the lift, he went to the fourth floor. Chunnie, he is so cute!”

“Hahaha. Ok cuba story from the beginning. Ni tak main terjah je. Kau ingat Nas Ahmad apa? Sit down,” Wu Chun mengarahkannya untuk duduk di atas sofa dan dia duduk di hadapan Alyaa bertentangan dengannya.

Wu Chun rindu untuk bergurau senda dengan Alyaa. Temannya itu sememangnya becok. Sewaktu di Australia, satu komuniti kenal akan Alyaa Haziqah kerana keletah manja dan kebecokannya. Dan itu lah yang membuatkan Wu Chun senang untuk berdamping dengan dirinya. Wu Chun memang akui Alyaa Haziqah tidak mempunyai badan yang ramping seperti pelakon-pelakon wanita yang sentiasa mendampingi dirinya keAlyaa dia berada di Taiwan, tetapi perangai comel dan manja Alyaa Haziqah itu telah menutup kekurangan itu. Wu Chun berpendapat jika sifat rajin ada pada diri Alyaa, memang tidak susah untuk dia mendapatkan badan secantik Jennifer Lopez. Tapi dia kenal Alyaa luar dan dalam. Dia tahu Alyaa tidak minat dalam bab-bab melakukan senaman. Pernah sekali Wu Chun cadangkan Alyaa untuk mengikut satu kelas, dia tolak mentah-mentah.

“Buat apa buang masa, aku balik rumah baca novel lagi BEST!” itulah jawapan yang selalu diberikan bila dia menawarkan agar Alyaa mengikuti program. Bukannya mahal sangat pun ikut program dalam gym nya. Siap ada special price lagi untuk Alyaa bila dia join. 75% Discount! Best kan?

Wu Chun memerhAlyaan wajah Alyaa yang sedang sibuk bercerita. Menyedarkan seolah tidak ada resopn daripada Wu Chun, Alyaa menyergahnya lagi.

“HOI! Kau dengar ke tak apa yang aku cakapkan ni? Kalau kau tak dengar, buang air liur je. Kau ingat apa? Air liur aku free?” Alyaa menarik muka masam kecewa dengan Wu Chun yang baginya tidak mendengar dengan apa yang dicakapkannya tadi.

“Hey, tariklah muncung tu panjang-panjang, esok-esok jadi Donald Duck, I send you off to Disneyland kat Tokyo baru kau tau,” Wu Chun menyakatnya. “Aku dengar lah your story. From A to Z. Semua clear tau tak. ANGAU!”

“Aku tak angau lah. Tapi dia cute sangat lah. Aku cair tauu!”

“Nasib baiklah tak cair sangat, kalau habislah gym aku, flooding!” meledak ketawa Wu Chun. Wu Chun sememangnya suka menyakat Alyaa.

“Ahh..tu, tak habis-habis lah tu. Eee… kalau macam ni, aku baliklah!” Alyaa berpura-pura merajuk dan mengangkat punggungnya dari sofa, berkira-kira untuk pulang.

“Baby, chill lah. Alamak, since when you sensitive macam ni?”

“Ok, now I’m yours. So what do you want to know? Apa ada kat fourth floor kan? You feel like stalking? Ninja Duo, remember? You want to do like what you did to Dean last time masa kita kat Melbourne, macam tu?” Wu Chun membongkar kisah lama waktu mereka jadi ninja menyeludup masuk ke tempat disko Blue Eden yang berlaku pada tahun kedua mereka di Australia.

“Hmm, thrill jugak eh kalau macam tu!” Alyaa Haziqah bersetuju dengan cadangan menjadi Ninja Duo itu. Baginya kini dia sanggup berbuat apa saja asalkan dia dapat berjumpa semula dengan Nagase Tomoya Brunei itu.

“Heeesh. Think logically, Alyaa! This is Brunei! You can’t do anything you want. Kau nak kita kena tangkap ke? Kat tingkat atas tu ofis orang royal tau. HQ Liverfool Fan Club kat atas tu. Pengiran Anak K yang punya. Habis lah kalau nak jadi Ninja Duo. You want my fans to hang themselves?” gerun Wu Chun tiba-tiba mengenangkan akan persetujuan Alyaa untuk menjadi Ninja Duo.

Sah! Alyaa Haziqah sedang dilanda penyakit ANGAU!

“Waoh! So could Tomo-kun is the Pengiran Anak?”

“Ewah.. cik adik! Now you have nama manja for that Nagase Tomoya look-alike ye! Tomo-kun?” Wu Chun geram dengan Alyaa. “Come on, Alyaa! Stop it!”

Hilang gelaran Baby untuk Alyaa Haziqah. Wu Chun rasa tanggungjawabnya untuk mengembalikan Alyaa Haziqah ke alam nyata.

Tiba-tiba telefon di atas meja Wu Chun berdering. Alyaa Haziqah terkejut lagi sekali dengan bunyi deringan itu.

“Kus semangaaat!”

“Hah! Tu lah, tak habis-habis nak angan-angan jer. Heesh.. I don’t know what else to do with you, baby!” Wu Chun menggelengkan kepalanya dan bongkar dari tempat duduknya menuju ke mejanya untuk menjawab panggilan berkenaan.

Alyaa Haziqah yang sudah kembali ke alam nyata cuba untuk mendengar perbualan Wu Chun. Dan yang dia tahu, Wu Chun akan menerima seseorang tetamu.

“Ok, ask him to come in!” Wu Chun meletakkan gagang telefon.

“Siapa?” soal Alyaa.

Dan belum sempat pun Wu Chun menjawab pertanyaan Alyaa, terdengar pintu diketuk bertalu-talu. Wu Chun membuka pintu untuk tetamu yang ingin berurusan dengannya itu.

Darah panas menyirap naik ke muka Alyaa mendengar akan suar serak basah itu. Dia mengenali suara itu.

“Adi! Long time no see. How are you, dude?” Dan untuk sekeAlyaanya, kedua lelaki berkenaan berpelukan seolah berabad lamanya tidak berjumpa.

“I’m good geng! How are you?” Dan dilihatnya Wu Chun dan tetamunya itu beriringan.

“Let me introduce you, this is my bestfriend, Alyaa. Baby, this is Adi, my childhood friend!” Alyaa masih terkedu. Dia masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya kini.

Baru sebentar tadi dia membicarakan mengenai lelaki ini dengan Wu Chun, dan kini dia sudah berada di depan mata.

[BERSAMBUNG…..]

Wow! This will be my umpteenth blog I’ve ever made since I entered the blogging world three years ago. I’ll be posting all my creative thoughts here, which is usually in the form of cerpen, cerita dongeng and perhaps, some jiwang puisi! lol. I don’t know what will happen in the future, ne? Let’s hope for this blog to last!

Cerpen bertajuk “Alyaa Haziqah” will be the first and foremost karya Syd yang pertama yang akan Syd post di sini. If ada sesiapa nak bagi tunjuk ajar dan komen yang bernas dan membina untuk Syd, teramatlah dialukan =) iyalah kan, Syd ni budak baharu belajar. Nak cuba-cuba kalau Syd sebenarnya ada bakat ke tak dalam bidang penulisan nih.

So, welcome! And Enjoy reading!!

*cheers*

Much Love,
Syd xx


  • Tiada
  • ayu: aiii..ni ayu dari penulis cerpen cinta si gendut dulu tu...still remember me?....u pun ada blog yaaa,,,heheheheh..nice cte...
  • leya: best giler ceta nie...nape x habiskan ceta dia,pls sambung ceta nie!!
  • rida: wu chun sma ella beneran pcaran ya ?...

Kategori