Forever Love

Alyaa Haziqah – Chapter 1 pt 3

Posted on: September 29, 2008

Di Excapade, memandangkan pelanggan tidak ramai pada petang itu, ketua pelayan yang ingin dikenali sebagai Tim menempatkan mereka bertiga di dalam bilik privasi khas yang tersedia.

Untuk dirinya, Alyaa hanya memesan green tea dan sepinggan Chicken Udon kegemarannya. Semua ini atas nasihat Wu Chun yang kini secara tidak rasminya menjadi ‘gym instructor’ nya. Manakala untuk Wu Chun pula, dia memesan dua pinggan kecil Katsu dan sepinggan Chicken Teriyaki. Adi pula memesan beberapa set sushi atas pilihannya yang ingin dihidangnya pada semua. Untuk pesanan sendiri, Adi juga memesan sepinggan Seafood Udon.

“Eh, both into Udon, huh?” Wu Chun menegur sambil matanya memandang ke hadapan Alyaa untuk melihat reaksi.

“What’s wrong with you, Chunnie? It’s up to him lah. His stomach, who cares!” Entah kenapa Alyaa tiba melenting di hadapannya.

Wu Chun dan Adi terkejut mendengar akan keadaan ton suara Alyaa berubah. Dan dalam minda mereka ligat berfikiran yang sama. Alyaa sedang berada dalam bulan mengambang.

“Baby, I tegur cam tu pun tak boleh ke? Well, Japanese flag ke?”

Alyaa menggeleng menahan malu. Dia pun tidak sangka kenapa dia tiba-tiba melenting. Sebolehnya dia ingin menyembunyikan perasaannya daripada Wu Chun. Wu Chun tidak tahu bahawa Adi adalah Nagase Tomoya look-alike yang baru diceritakan sebentar tadi. Dia ingin memberitahu Wu Chun, tapi belum tiba masanya. Biarkanlah. Mungkin hari ini adalah kali pertama dan kali terakhir Alyaa akan bertemu dengan Adi. Dan jika begini keadaannya, Alyaa menafikan bahawa dia ingin mengharapkan pertemuan seterusnya. Alyaa kini merasakan apa yang dikenali dengan cinta pandang pertama.

Sewaktu makan, Alyaa lebih banyak mendiamkan diri. Dia memberi peluang untuk Wu Chun dan Adi berkongsi cerita dan hanya mendengar perbualan mereka sambil menikmati makanannya. Dia hanya tertawa kecuali apabila ada cerita mereka berdua yang mencuit hatinya.

Wu Chun pula hanya membiarkan Alyaa dengan lamunannya agar mudah untuknya memerhatikan perihal Adi yang tidak habis-habis cuba untuk mencari peluang memandang Alyaa yang sedang termenung. Sebagai seorang kawan, dia mengerti akan perasaan terpendam kedua-dua temannya itu.

Seolah memahami situasi yang sedang berlaku, tiba-tiba telefon bimbit Wu Chun berdering. “Ella!” Hampir terlepas telefon bimbit Wu Chun bila dia melihat nama yang tertera di atas skrin telefon bimbitnya. Wu Chun meminta izin untuk keluar sebentar. Sekurang-kurangnya ini memberi peluang untuk dua hati saling berbicara.

Alyaa terkejut mendengar jeritan kecil Wu Chun menyebut nama Ella. Adi merasakan perubahan air muka yang begitu ketara di muka Alyaa bila temannya menyambut panggilan itu. Sangkaannya betul bahawa Alyaa menyimpan perasaan istimewa pada Alyaa. Adi tersenyum gembira membayangkan dia akan menang pertaruhan ini. Adi akui dalam hati sememangnya gadis di hadapannya ayu orangnya. “She is really my type,” bisik Adi dalam hati. “But I don’t mind losing my bet if that could make Wu Chun happy”.

Alyaa yang sedang menikmati makannannya mendongak apabila sedar dirinya diperhatikan. Mata nya dan mata Adi berlaga untuk seketika. Dia berasa malu. Perasaan terkejut tidak akan pernah surut. Alyaa maklumi bahawa dia memang seorang yang lemah sangat. Dia tidak suka akan ‘surprises’ atau sergahan atau teguran yang dilakukan secara tiba-tiba. Tapi belum pun sempat rasa terkejut kerana jeritan kecik Wu Chun tadi hilang, kini debaran kerana diperhatikan menambah rasa kurang senangnya.

“Kenapa?” Alyaa bertanya menginginkan kepastian.

“Hmm, takde apa-apa. Awak suka Wu Chun ke?” Adi berterus-terang ingin mengorek perasaan sebenar gadis di hadapannya ini.

Alyaa terkejut buat entah keberapa kalinya dengan soalan itu. Dan tanpa berfikir apa yang dimaksudkan dengan Adi, dia betah menjawab, “Of course lah. He is my bestfriend. I love him so much.”

“Tak, maksud saya..awak punya perasaan lebih daripada seorang kawan untuk Wu Chun?”

“Hey, perlukah awak tahu hal peribadi saya?” Alyaa melenting lagi dengan tiba-tiba. Dia tidak suka membicarakan hal peribadi dengan orang yang tidak dikenalinya.

“Alyaa, you are so unpredictable. Sekejap melenting, sekejap humble. Apa ni? Saya tanya saja. Takkan itu pun you nak marah?” keras jawapan Adi.

Hati Alyaa kecut mendengar akan perubahan suara Adi. Dia sedar dia telah melakukan kesilapan yang besar. Dia tidak dapat mengawal perasannya. “This is not me,” bentak Alyaa dalam hati.

Alyaa cuba berlembut lagi. “Ok, if you really want to know. Me and Chunnie, we are just bestfriends, not more than that. He is like a brother to me”.

Jawapan Alyaa yang tulus itu membuatkan Adi merenung Alyaa dan dia tidak sangka kali renungannya dibalas. Entah kenapa mendengarkan butir-butir kata itu lahir daripada mulut Alyaa sendiri membuatkan hatinya menjadi ringan dan fikirannya lepas bebas. Apakah sebenarnya yang dirasakannya ini? Cinta? Adi menafikan akan perasaan cinta. Adi tidak percaya dengan cinta pandang pertama. Baginya cinta pandang pertama is all nonsense. Adi khuatir akan kecundang lagi.

Dan suasana sepi seketika. Alyaa dan Adi, masing-masing tidak ingin membuka mulut lagi. Takut suasana akan menjadi tegang semula.

“Mungkin ini bukan cinta, bila dia buka mulut aku melenting. Kenapa ya? Aku bukan macam ni orangnya. Aku kan happy-go-lucky orangnya. Tapi kenapa depan Adi aku jadi macam ni? Emosi aku terus tidak stabil,” Alyaa mengajukan persoalan pada hatinya.

“Alyaa, opposites attract. You dan Adi bagaikan magnet. Two different poles but cannot resist each other for attraction,” ada satu suara halus terngiang di telinga Alyaa.

“Truce?” tiba-tiba Adi bertanya sambil mengangkat tangan dan menyuakan jari kelingkingnya menghentikan lamunan Alyaa.

“Kenapa?” Alyaa hairan.

“Kita tak akan bertengkar lagi? Tak seronok lah if kita nak tengkar-tengkar je” Adi memulakan bicara semula selepas beberapa minit mereka mendiamkan diri. Seksa rasanya bila tidak mendengar suara petah Alyaa. Dia ingin sekali mendengar suara lunak itu berbicara. Dan kali ini, biar dia saja yang mengalah.

Kali ini Adi tidak menafikannya. Hatinya sudah terpaut.

“Truce,” balas Alyaa dan tersenyum manis. Alyaa merasakan dirinya kembali seperti biasa. Dia dan Adi akan menjadi seperti dia dan Wu Chun. Alyaa pasti mereka boleh menjadi sahabat yang baik.

Adi terpaku seketika bila melihat senyuman itu.

“So what’s up guys? Baby, is everything alright? Adi is being a good boy,right?” Wu Chun menerpa masuk ceria.

“Chunnie, happy nyer. What’s up?” soal Alyaa tersengih bila melihat sinar yang terpancar dari wajah Wu Chun.

“Ella! She will be coming to Brunei!”

“OMG, Really?? I waaaaaant to meet her, Chunnie!!!!” Alyaa tumpang gembira. Dan mungkin salah satu impiannya akan tercapai. Sememangnya dia adalah salah seorang peminat Ella, semenjak Ella masih terlibat dalam bidang nyanyian lagi. Dia juga merasa gembira bila tahu Wu Chun cuba untuk memikat hati Ella.

“Dude, I think she’s missing you that much eh. Sanggup pulak turun Brunei!” Adi mencelah.

“Well, like I said the best man win!” jawab Wu Chun sambil menepuk dadanya bangga.

“Apa punya pepatah lah budak sepet ni pakai!” sungut Alyaa.

“Baby, you ingat I tak dengar ke apa yang you cakapkan tu?” Wu Chun menarik muka. “By the way, korang dah selesai makan ke? Aku dah kenyang lah,” Wu Chun menyorong pinggannya yang masih berisi ke hadapan Adi.

“Ha’ah baguslah tu. Kau ingat aku vacuum? Senang-senang jer nak suruh orang habiskan. Kenyang dilamun cinta. Aku tak nak lah, perut aku dah sebu,” Adi menyorong kembali pinggan yang berisi Chicken Teriyaki.

Alyaa menyuarakan keinginannya. “Chunnie, I want! Please!” Alyaa merayu.

“No! Remember, you are on a diet!”

“B-but–,” belum sempat Alyaa menghabiskan ayatnya, Wu Chun memberi satu renungan tajam.

“Tak pe lah,” Alyaa mengalah.

“Chun, tak pe lah biar dia makan satu je. Nanti dia kempunan, siapa yang susah? Maunya dia mengigau tengah malam nak makan Teriyaki tu nanti, kau nak ketuk ke Excapade ni?” Adi cuba untuk mempertahankan Alyaa.

“Eh, since when pulak korang pandai main defend-defend ni? Ada apa-apa ke?” naik kirai kanan Wu Chun memandang Adi.

“Tak, aku cakap yang benar dude. I’ve been there once. And you know how crazy a person will be. Kita tak tau lah kan apa nak jadi lepas ni. What if unwanted circumstances happened? Are you going to responsible? Menyesal nanti Wu Chun!” Adi menegakkan hujahnya. Bukannya apa, dia khuatir Alyaa kempunan. Dia tidak ingin pisang berbuah dua kali. Dia pernah merasakannya dan itulah yang menjadi sesalannya.

“Ok, ok. I’ll let you go this time, Alyaa. Just one, okay? And as a punishment, Adi have to finish the rest. Set?” Wu Chun memulangkan paku buah kerasnya.

Alyaa tersenyum gembira dan tangannya pantas mencapai satu Chicken Teriyaki dan memakannya dengan gelojoh sekali. Wu Chun dan Adi hanya tertawa menyaksikan akan gelagatnya itu. Adi merasa puas dengan perasaannya mempertahankan keinginan gadis manis di hadapannya itu.

Selesai makan, Adi beredar ke kaunter untuk menunaikan janjinya untuk membelanja Alyaa dan Wu Chun makan.

“Thanks for the treat, Adi” Alyaa mengucapkan terima kasih dan di dalam hatinya mendoakan agar jejaka mempunyai wajah mirip Nagase Tomoya ini akan sentiasa dimurahkan rezekinya.

“No problem, for you! Anytime,” dan Adi mengenyitkan mata pada Alyaa.

Wu Chun berdehem dan hati Alyaa berdegup kencang.

Mereka terus beredar dan saat mereka tiba di bawah ingin pulang kembali ke The Mall, hujan turun dengan lebatnya.

“Shyte, it’s raining!” Wu Chun merungut. “Macam mana nak balik ni? Hmm, siapa yang handal sangat buat weather prediction tak guna tadi tu ha?” Wu Chun menyindir Adi.

Alyaa tertawa riang.

“Hey, I’m just telling you the information I got from weather forecast. Don’t blame me! Seriously man, there were stars just now. I didn’t expect it to rain this heavily,” Adi tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

“It’s okay lah. We’ll just wait for a while. If hujan ni tak mahu berhenti, then we have to find a way,” Alyaa memberi cadangan.

“I don’t see it will stop anytime soon, baby. You guys wait here for a while. I’ll talk to Tim if he could send us off back to The Mall. Okay? Since dia punya kereta kat depan ni” Wu Chun menyuarakan pendapatnya dan menunjukkan pada kereta merah jenama Mitsubishi Lancer.

“Hmm, that’s a good idea,” Adi setuju.

Alyaa hanya mengangguk. Dia bangga mempunyai teman seperti Wu Chun yang begitu peramah. Dengan ketua pelayan dekat Excapade Sushi tu pun boleh jadi teman rapat. Al-maklumlah kan, artis kesayangan ramai!

Wu Chun bergegas semula naik ke tingkat atas untuk meminta pertolongan Tim dan meninggalkan Adi dan Alyaa berdua.

Imuniti Alyaa yang sangat lemah mengakibatkan tubuhnya menggigil kesejukan jika terkena hujan.Menyedarkan akan keadaan itu, Adi lantas menanggalkan jaketnya dan meletakkannya ke atas bahu Alyaa.

“It’s okay. You don’t have to,” Alyaa bersuara lemah dan melepaskan batuknya. “Excuse me.”

“No worries. I tengok you menggigil tu”

“Thank you”

Dan melihat akan kemesraan kedua pasangan itu, ada sepasang mata berbaur cemburu sedang memerhatikan mereka.

[BERSAMBUNG…..]

1 Response to "Alyaa Haziqah – Chapter 1 pt 3"

cerita menarik kalau kita karang guna pengalaman sendiri.

Tinggalkan komen


  • Tiada
  • ayu: aiii..ni ayu dari penulis cerpen cinta si gendut dulu tu...still remember me?....u pun ada blog yaaa,,,heheheheh..nice cte...
  • leya: best giler ceta nie...nape x habiskan ceta dia,pls sambung ceta nie!!
  • rida: wu chun sma ella beneran pcaran ya ?...

Kategori