Forever Love

geneva21Tiga minggu telah  berlalu. Telah banyak yang mereka lakukan bertiga. Di mana Lena pergi, di situlah Hakimi dan Wu Chun berada. Kedua-dua jejaka itu sudah menjadi chauffeur terlantik bagi Lena untuk melaksanakan kerja sekolahnya. Lena telah dihantar oleh University of Geneva untuk penempatan musim panas di tiga buah negara di Eropah iaitu United Kingdom, Sepanyol dan Perancis. Sebelum Lena menjalankan penempatan itu, Lena telah pulang kembali tanah air untuk sementara waktu dan di dalam penerbangan dari Brunei ke United Kingdom, dia telah bertemu dengna Wu Chun. Tidak disangkanya akan bertemu semula dengan lelaki itu setelah mereka terpisah di Dubai. Dan kini, hati Lena terpaut pada jejaka persis pelakon Jepun yang terkenal itu, Nagase Tomoya.

Hakimi yang sebenarnya ingin menghabiskan cuti musim panasnya bersama-sama dengan Lena. Wu Chun pula menjadi orang ketiga dan mengambil peluang keemasan ini untuk melancong di negeri orang. Di Sepanyol dan Perancis, mereka bertiga menghabiskan masa bersama-sama melawat tempat-tempat yang cukup menarik. Dan Wu Chun menjadi mata menyaksikan bibit-bibit percintaan mula berputik di hati Adi dan Lena. Teman baiknya itu benar-benar sudah parah.

Dan seperti yang dirancang, di tingkat teratas menara Eiffel, Adi telah melamar Lena menjadi teman wanitanya. Dan tidak disangka-sangka, Lena juga mempunyai perasaan yang sama dengan Adi. Lena bersetuju. Malam itu adalah malam yang bermakna buat Adi. Dalam hati, dia memanjatkat doa kepada Allah agar perhubungannya ini direstui Allah jua.

Tetapi siapa sangka, panas yang disangka akan berpanjangan mula hilang apabila gerimis mengundang di tengah hari. Tiga bulan yang berlalu dengan perhubungan yang cukup indah itu, Lena berubah laku. Berakhirnya penempatan musim panas Lena dan percutian musim panas Adi, tidak disangkanya itu adalah tanda berakhirnya perhubungan dengan Lena. Lena telah meminta izin dari Adi untuk pulang ke rumah orang tuanya di Geneva, Switzerland. Makanya untuk menyambut harijadi Lena yang jatuh pada bulan November musim sejuk itu, Adi berkira-kira memberikan kejutan untuk Lena dengan menghadirkan dirinya di Geneva tanpa memberitahu Lena pun.

Bertemankan Wu Chun yang masih bercuti sehingga hujung bulan Disember itu, Adi pergi ke Switzerland untuk menemui si pujaan hati. Tetapi senyuman yang teprancar di wajah Adi hilang sebelum mereka sampai ke tempat tinggal Lena apabila teksi yang mereka naiki berselisih dengan sebuah kereta mewah Porsche Carrera sewaktu lampu trafik bertukar merah. Adi yang duduk di sebelah kanan terpaku dengan apa yang dilihatnya. Wu Chun yang duduk di depan bersama dengan pemandu teksi sedar akan perubahan air muka Adi yang tiba-tiba. Dan dia pun menoleh sama ke tempat yang dilihat Adi.

Di sebelah mereka, di dalam kereta mewah itu dilihatnya seorang gadis bercumbuan dengan seorang Mat Saleh. Wajah gadis itu tidak kelihatan. Hanya wajah pasangannya sahaja nampak. Ternyata gadis itu sudah tenggelam dibuai asmara hingga tidak sedar akan keadaan sekeliling. Bila lampu bertukar hijau, barulah adegan itu berhenti. Dan kereta itu memecut laju.

Wu Chun sempat menangkap akan sekilas wajah yang cukup familiar it uterus melihat Adi melalui cermin belakang. Dilihatnya Adi sedang meraup mukanya.

“Sir, could you please follow that blue Porsche?” arah Wu Chun pada pemandu teksi itu.

“Yes, sir,” dan pemandu teksi menekan pedal minyak cuba menyaingi kereta mewah berwarna biru itu.

“We are actually going to the same place, sir. The car is heading to Cologny,” jelas pemandu teksi itu.

Melopong Wu Chun mendengar penjelasan pemandu teksi itu. Dia mengarahkaan agar pemandu teksi itu bergerak perlahan dan membontoti kereta mewah itu dan meletakkan keretanya berjauhan dari alamt yang dimaksudkan.

“Adi, are you okay?” tanya Wu Chun pada Adi yang sudah lama mendiamkan diri semenjak adegan yang dilihatnya di lampu trafik tadi.

“Chun, doakan aku ye! Aku nak turun. Aku nak jumpa dengan Lena. Aku ingin kan satu penjelasan,” Adi meminta restu dari Wu Chun dan belum sempat Wu Chun berkata apa-apa, Adi pantas turun dan menuju ke tempat kereta biru itu berhenti.

Hati Adi yang sememangnya sudah luka bertambah sakit lagi apabila dia melihat perbuatan Lena yang sungguh tidak berumpama di dalam kereta itu. Adi membawa dirinya beristighfar untuk mengawal rasa marahnya. Dia mengetuk cermin kereta itu. Pasangan yang sedang dilamun cinta terkejut kerana kurang senang dengan gangguan itu. Si perempuan menoleh kea rah bunyi ketukan itu. Dan mata si perempuan bulat membuntang melihat siapa yang berada di hadapannya kini.

Lena sungguh tidak sangka bahawa Adi berada di hadapannya kini. Pantas tangannya menolak James yang masih ingin menarik dirinya ke dalam pelukan hangatnya itu. Lena mengenakan semula butang-butang pada blausnya yang habis dibuka oleh James dan merapikan dirinya sebelum dia keluar untuk bertemu dengan Adi.

Adi yang menyaksikan drama itu tersandar di tembok berdekatan pagar utama menuju ke rumah agam Lena.

“Oh, hi baby~ what are you doing here?” sapa Lena cuba memberikan kucupan pada pipi Adi. Adi menepis tangan Lena dari melakukannya sedemikian.

“I need an explanation now! What do you think you are doing Lena? I ingat you betul-betul cintakan I! Rupanya ini kerja you! I tak sangka harga diri you murah seperti ini! I betul-betul tak sangka! Rupanya selama ini, mata I telah dibutakan dengan pujukan manis you”

“I- I, jangan salah faham baby~”

“Don’t you dare to call me like that! Dasar perempuan murahan!”

“Dia hanya kawan,” Lena masih ingin menafikan.

“Kawan you kata? Kawan apa sampai buka baju? A’ah lah kan dia tolong warm-up sikitkan.. cuaca dah semakin sejuk ni. Maklumlah musim sejuk kat Switzerland ni memang jauh bezanya dari kat UK kan, tu sebab kan you need extra blanket kan..” sindir Adi menahan api marahnya.

Lena terdiam bisu.

“Masih nak nafikan lagi? Kita putus Lena! I tak sangka. Dah beribu wang I you habiskan, dan ini balasan you pada I! Perempuan materialistik!” Adi mengambil tindakan menolak Lena ke sisi dan membuka pintu kereta Porsche untuk bertemu dengan Mat Saleh keparat yang bersama Lena.

“Hello Sir, I’m sorry to interrupt your warming-up session. But sir, I hope you can take care of yourself. Beware of this b***h! She’s not like what you think she is!” dan Adi terus berlalu menuju ke teksi yang berhenti di seberang jalan.

Dan tanpa menoleh kiri dan kanan, Adi terus menyeberang jalan. Dan dia tidak sedar ada sebuah kereta yang meluru laju ke arahnya.

“ADIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!” bergema suara Lena dan Wu Chun melaung nama Adi tapi hanyalah sia-sia bila Adi diseret ke tepi oleh kereta itu. Kereta yang melanggar Adi tidak berhenti malah menekan pedal minyak dan terus meninggalkan Adi di tempat kejadian.

Wu Chun dan pemandu teksi yang setia menanti Adi di seberang jalan keluar dan berlari pantas mendapatkan Adi yang terdampar di tepi jalan. Lena yang menyaksikan kejadian itu cuba untuk mendapatkan Adi tapi dia dihalang oleh Mat Saleh yang bersamanya. Wu Chun berasa sakit hati akan adegan tidak berperikemanusiaan yang dilihat di depan matanya sendiri.

“Sir, please bring us to the hospital now,” Wu Chun mengarahkan pemandu teksi untuk membawa mereka ke rumah sakit secepat mungkin. Dan dengan bantuan pemandu teksi yang baik hati itu, dia mengangkat Adi dan Wu Chun sendiri yang memangkunya di tempat duduk belakang. Wu Chun memegang sisi muka Adi yang tidak henti-henti mengalirkan darah akibat geselan dengan jalan raya yang keras.

“Faster, sir” Wu Chun merasakan pemandu teksi itu memandu dengan lambat walaupun dia maklum bahawa pemandu itu telah memandu pada kelajuan 100km/h. Satu kelajuan yang mustahil untuk dilakukan di kawasan perumahan yang mewah ini.

“Any hospital, sir?”

“Just go to the nearest. Don’t waste any time.” Wu Chun betul-betul risau.

“Don’t worry sir. Your friend will be fine. I can assure that.”

“What do you know?” geram betul Wu Chun dengan tingkah pemandu teksi yang dirasakannya mengambil ringan tentang perkara itu.

“I may not have any good skills, sir. But I’m a first year medical student. I just can’t perform any act which is beyond my ability. I’m working part-time as a taxi driver to support my education, sir,” terang pemandu teksi itu dengan lebih lanjut.

Beberapa saat kemudian, mereka sampai di rumah sakit yang cukup mewah dirasakan Wu Chun. “This is the hospital where I did my attachment last semester. It’s a bit expensive. I hope you don’t mind. I’ll go and get the doctor,” tanpa berlengah lagi pemandu teksi yang dalam lingkungan 20 tahun itu turun dari kereta dan mendapatkan doktor yang bertugas.

Wu Chun betul-betul berasa risau akan keadaan Adi. Fikirannya berserabut. Dan tangannya mengepal satu tumbukan. Dan ditumbukkan pada dinding berwarna biru muda sementelah Adi disorong masuk ke dalam bilik kecemasan. Terbayang masih di mindanya akan senyuman sinis yang diberikan oleh lelaki yang menarik lengan Lena daripada mendekati Adi yang sudah terkulai layu di pangkuannya. Dan masih jelas di ingatannya akan wajah kosong yang diberikan oleh Lena yang akur dan masuk ke dalam kereta mewah yang terus memecut laju tanpa menghiraukan Adi yang sudah di ambang maut.

Wu Chun terbangun dari tidurnya. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya cuba menghilangkan semua kenangan buruk itu. Sesungguhnya, dia merasa sedih dengan nasib malang yang tidak habis-habis menimpa kawan baiknya. Dia tertanya-tanya sebenarnya apakah dosa yang pernah Adi lakukan sehingga dia diberikan takdir yang sebegitu rupa. Wu Chun meraup mukanya bila dia terkenang dengan ceramah Ustazah yang pernah mengajarnya Pengajian Islam sewaktu di Maktab dulu. Ustazah pernah menerangkan padanya, agama Islam adalah satu agama yang cukup istimewa. Bila seseorang diduga dengan pelbagai ujian, bukan bermakna seseorang itu berdosa, tetapi seseorang itu adalah seorang yang istimewa. Allah sesungguhnya menyayangi seseorang itu, dan Allah sentiasa ingin untuk menyedarkannya agar tidak terpesong kepada jalan yang membawa maksiat.

Matahari mula menjelmakan diri. Hari ini Wu Chun akan berangkat pergi. Meninggalkan sekejap bumi Brunei untuk menjejaki teman baiknya di bumi Switzerland itu. Atas nama persahabatan. Dan atas nama cinta.

Lena Heidi Adi dan Wu Chun bangun awal pada pagi itu. Mereka bercadang untuk memanaskan badan mereka sambil menghirup udara segar di University Lake berdekatan dengan kampus utama universiti tempat Hakimi menuntut, University of Nottingham. Dari rumah bernombor 52 di jalan kecil Claude Street itu, Adi dan Wu Chun berjalan perlahan untuk menggerakkan otot-otot mereka yang sudah sekian lama berehat. Perut yang belum diisi dengan sarapan pagi mula berkeroncong bila bau ayam yang dimasak oleh Chef Tuk Tuk, empunya kedai makan ekspres, Dunkirk Chippy menusuk masuk ke dalam hidung.

“La, Adi.. aku tak jadi lah nak pergi joging! Jom kita pekena ayam gril si Tuk Tuk!” Wu Chun terhenti di hadapan Dunkirk Chippy.

“Heesh! Kau ni! Tengoklah jam tu pukul berapa? Kan masih awal ni? Sabar-sabar lah sikit! Entah-entah bau yang keluar tu baru je bau dia panaskan minyak dia. Lunch nantilah kita pekena..sat ni kita pergi joging dulu na?”

Wu Chun akur bila dia melihat tanda ‘Close’ pada pintu masuk kedai itu.

Melintas kedai runcit SPAR, mereka terus berlari-lari anak menuju tempat tujuan. Mereka menghabiskan tiga pusingan tanpa henti di University Lake sebelum mereka berhenti berehat untuk menikmati kopi ais di kafe Art & Music Centre yang berdekatan dengan University Lake itu.

Mata Adi membuang pandang ke luar jendela tirus besar dan asyik memerhatikan seorang wanita yang sedang khusyuk dengan kanvasnya.

“Chun, cuba kau tengok tu! Cantik lah lukisan budak tu!” tegur Adi mengejutkan Wu Chun yang sedang mengelamun entah apa-apa.

“Budak? Budak mana?” Wu Chun tercari-cari budak yang dimaksudkan oleh Adi. Matanya melilau ke sekeliling. Tapi tidak ada pun bayang-bayang seorang budak.

“Heesh! Kau ni lurus bendul lah! Maksud aku that lady in pink over there!” Adi menunjukkan pada Wu Chun.

“Oh, her! I know her!”

“You do? How come?”

Meledak ketawa Wu Chun. “Ha, sekarang siapa yang lurus bendul sangat ni?”

Adi berasa geram apabila paku buah kerasnya dipulangkan.

“Tapi betul Adi, I know her. Dia satu flight dengan aku last time. Dia duduk sebelah aku. Cun tau budak tu! Pan Asian you! Kau tak nak try ke?”

“Hey, ke situ pulak tujunya mamat sepet ni! Eh, kalau dia satu flight dengan kau last time, kenapa aku tak nampak dia keluar eh dari balai ketibaan eh?”

“Alamak, rugilah belajar tinggi-tinggi Adi kalau benda logik pun tak tau nak fikir!”

“Maksud kau?” tanya Adi lagi dan matanya tidak lepas dari memandang wanita di luar kafe itu.

“Kau ingat aku dengan dia jer ke naik kapal terbang tu. And kau ingat Heathrow tu kecil ke macam kita punya airport? Sah! Dah angau budak ni!”

“Tapi…”

Belum pun sempat Adi meneruskan kata-katanya, Wu Chun menyambung semula. “Aku tau kau nak cakap apa. Although dia duduk sebelah aku waktu berlepas dair Bandar, tapi bila transit dekat Dubai, dia upgrade naik business class. Tu yang dia tak turun sama aku tu”

“Kau tau tak nama dia?” Adi betul-betul berminat dengan wanita itu.

“Tak sempat pun nak berkenalan! Jom lah, kita berkenalan” Wu Chun yang sememangnya jenis ‘daring’ pantas menarik lengan Adi untuk bongkar dari kerusinya untuk keluar mendekati gadis yang dimaksudkan.

“Ehem! Ehem! What a beautiful drawing!” Wu Chun memulakan tegurannya sebelum sempat Adi membantah segala kelalkuannya.

Gadis yang sedang leka menghadap kanvas yang sudah dilukis beberapa ekor itik yang berenang di dalam tasik itu terkejut dengan satu suara menegur di belakangnya. Dia menoleh. Dan memberikan senyuman manis. Gadis itu mengenali wajah lelaki cina itu.

“Hey, it’s you! What a small world!” gadis berbaju merah jambu pantas bangun dari tempat duduknya dan bersalaman dengan Wu Chun. Ternyata dia bukan seorang gadis yang calang-calang peribadinya. Dia adalah seorang peramah dan tidak kekok walaupun berhadapan dengan orang yang tidak dikenalinya.

“Oh, tak sangka pulak awak ingat saya? Baguslah macam tu. Last time kat kapal, tak sempat pula kita nak berkenalan ye. Saya dan kawan saya nampak awak tadi sedang duduk mengelamun dari dalam kafe tu. So, I’m Wu Chun and this is my friend, Adi” Wu Chun memperkenalkan diri.

“I’m Lena

Adi yang sudah lama membisu memecahkan kesunyian akibat terpaku kerana kecantikan yang dilihat di hadapannya kini. “Adi,” Adi menyambut huluran tangan Lena.

Lena Heidi terpaku akan kekacakan teman si Sepet. Hatinya berdetak kencang apabila dia sedar jejaka bernama Adi itu asyik merenungnya. Dan hati nakalnya mula berbisik.

“Are you Bruneian?” Wu Chun terkejut dengan soalan pertama yang diutarakan Adi pada gadis cantik di hadapan mereka kini. ‘Heesh! Soalan entah apa-apa yang budak ni tanya! Memanglah dia Bruneian, dah dia faham cakap aku!’ rungut Wu Chun akan ketidakgentleman Adi.

“Ye, Lena orang Brunei. Sorry lah ye, kalau korang confuse. Mak Lena orang Swiss, ayah orang Brunei. IC Lena warna kuning. Darah mak Lena banyak agaknya mengalir dalam tubuh Lena, tu yang Lena punya muka macam orang putih sesat ni,” terang Lena panjang lebar.

“Eh tak pun macam orang putih sesat. Awak cantik!” tanpa segan silu Adi memuji gadis manis di hadapannya. Lena tekrejut dengan pujian yang tidak disangka-sangka itu. Wajahnya yang sememangnya putih itu merona merah terasa panas apabila diberi pujian sebegitu.

Melihat akan keadaan yang teragak-agak dan sifat malu Adi yang entah datang dari mana, Wu Chun membuat keputusan untuk meninggalkan Adi dan Lena untuk sementara. Sememangnya Wu Chun faham akan keadaan Adi. Ini adalah pengalaman Adi yang pertama berhadapan dengan seorang gadis yang menarik perhatiannya. Love at first sight lah kononnya!

“Excuse me guys, I’ll leave both of you here for a while yah. I need to check the loo!” Wu Chun meminta izin untuk pergi ke tandas sambil berseloroh dan dia mengusik belakang Adi sebagai tanda menyuruh Adi untuk mengorak langkah seterusnya.

“Ok, don’t worry about your friend. He is under my care for now,” Lena berjenaka apabila melihat wajah Adi yang seperti kurang senang apabila kawannya ingin meninggalkannya bersendirian.

Adi tidak tentu rasa apabila ditinggalkan sebegitu. Apa aku nak cakap dengan Lena ni? Kenapa tiba-tiba lidah aku kaku ni? Adi tertanya-tanya pada dirinya.

Setelah lama berdiam diri, Lena memecah kesunyian bertanyakan itu ini pada Adi. Dan perbualan itu mereka yang pada awal perkenalan itu kusam semakin berjeda panjangnya. Ternyata kedua mereka begitu serasi. Perkenalan yang dimulakan oleh Wu Chun itu tidak berakhir di situ apabila keduanya mula bertukar nombor telefon dan alamat e-mel.

Lena Heidi Amir Ariffin. Namanya cantik secantik orangnya! Mulut Adi tidak henti-henti memuji kecantikan gadis itu pada Wu Chun sewaktu perjalanan pulang mereka. Sehinggakan kerana teruja sangat, Adi membelanja Wu Chun makan ayam gril Chef Tuk Tuk sepuas hati lelaki bermata sepet itu. Sah! Adi terkena panahan si malaikat cinta bernama Lena!

Hari-hari seterusnya sungguh indah dirasakan oleh Adi. Dia benar-benar dibuai rasa cinta. Sampaikan bila malam menjelma, Wu Chun yang sebesar badannya boleh disalahertikan sebagai Lena. Tiap malam Wu Chun lah yang menjadi mangsa peluk Adi apabila igauannya bertandang.

“HOI! ADI! BANGUN! NI AKU LAH!” sergah Wu Chun kuat. “Dah angau sangat kau ni! Esok lusa, aku cadangkan kau pergi propose lah budak Lena tu! Habis graduate nanti, kahwin! Dah tiga malam dah tidur aku tak lena tau, bila mata mulai lelap, kau dah mula peluk aku! Bahaya tau! Nasib baik kita kat UK tau! Kalau kita kat Brunei, mampus lah!” panjang leter Wu Chun mengejutkan Adi yang terpinga-pinga.

“Sorry lah Chun, aku tak sengaja. Aku mimpi lagi lah. Tadi aku mimpi…”

“Ah..sudah sudah! Malas aku nak dengar mimpi kau! Asyik-asyik mimpi yang sama!”

“Tak yang ni kau mesti dengar Chun!”

“Hah, apa dia?” Wu Chun menyandarkan badannya pada katil double yang telah disediakan khas di rumah sewa Adi.

“Eh apa ye? Aku lupalah”

“La, buang masa tidur aku saja budak ni!”

“Tapi betul Chun. Memang aku nak beritahu kau pun! Tapi sekarang aku dah lupa lah. Aku ada nightmare, Chun!”

“Tentang Lena?”

“Aku rasa macam tu lah. Betul-betul aku tak ingat lah Chun! Nanti bila aku ingat, aku story kat kau lah Chun”

“Adi, you know that mimpi baik tak boleh diceritakan? Kan? Tulah sebabnya kau lupa tu. Tak pe lah, lain kali sebelum tidur tu cuci kaki. Kalau tak, kau pergi lah buat sembahyang Tahajjud. Pergilah!” Wu Chun menolak Adi dari katil.

Walaupun Wu Chun bukan beragama Islam, tetapi sewaktu di sekolah menengah dulu, dia diwajibkan menghadiri kelas subjek Pengajian Islam. Pengajian Islam adalah pelajaran wajib bagi semua penuntut yang mendaftar di Maktab Duli. Tujuan ini adalah untuk menerapkan sistem pendidikan berkonsepkan Melayu Islam Beraja. Tiga komponen penting yang dijadikan sebagai calak membentuk personaliti anak bangsa Brunei yang berjaya.

“Wah, aku respek lah dengan kau Chun! Kau ni sebenarnya Cina sesat kot? Budak Melayu yang terperangkap dalam jasad Cina kot?” gurau Adi di awal pagi sambil memisar matanya daripada kelat.

“Ha, janganlah banyak cakap. Kau pergi buat sembahyang kau tu! Aku nak tidur dulu. Esok aku ada date dengan Lena nak pergi City pukul sepuluh. So, aku nak make sure tidur aku cukup,” usik Wu Chun pada adi yang sudah mula bergeak perlahan menuju ke bilk air.

“Kau jangan nak macam-macam ye! Budak Lena tu aku punya! Tak ada siapa-siapa boleh ambil dia daripada aku tau!” bantal yang gugur bersamanya apabila ditolak dari katil oleh Wu Chun diambil dan dibalingkan pada Wu Chun yang sudah mula menutup mukanya dengan bantal lain melindungi dirinya.

nt-1Adi Hakimi memulakan langkahnya ke kafe hospital. Dia baru saja selesai berjumpa dengan Dr. Morrison, seorang pakar psikologi yang telah diaturkan oleh GPnya bagi membantunya dalam pemulihan ingatannya. Malam semalam, Hakimi bermimpi lagi. Mimpi yang sama. Bezanya wajah jelita itu kali ini ditemani. Raut wajah seorang jejaka Cina menjelma dalam tidurnya. Dia tersedar dari mimpinya dan terus menunaikan solat Tahajjud untuk menenangkan hatinya.

Adi Hakimi duduk pada satu sofa di hujung berdekatan dengan jendela besar di dalam kafe itu. Suasana di kafe tidak sibuk. Jam tangan dilihat untuk seketika. Baru pukul 11.00 pagi. Perutnya mula berkeroncong. Dia baru ingat dia tidak bersarapan pada awal pagi tadi. Hakimi berdiri semula untuk pergi ke pantri berdekatan. Dia memesan dua biji croissant bersama segelas jus oren segar untuk alas perutnya.

Hakimi menikmati sarapannya dengan tenang. Tidak ada yang menganggu seperti hari-hari sebelumnya. Dengan kehadiran Lena setiap pagi di hadapan pintunya membuatkan dia muak. Dia tahu Lena seorang wanita yang baik. Dia tahu Lena sayang padanya. Tetapi hatinya tidak pada Lena. Dan dia kurang senang dengan penampilan Lena yang dirasakannya cukup terdedah dan perangai Lena yang terlalu mengikuti perangai barat. Pokoknya, segala tentang diri Lena tidak menarik perhatiannya.

Hakimi teringat kembali akan perbualannya bersama Dr. Morrison tadi.

“Saya rasa saya boleh tolong awak,” kata Dr. Morrison.

“Maksud doktor?”

“Saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu awak, Hakimi. Awak sebenarnya tidak sakit. Repot kesihatan awak semuanya normal. Tapi awak perlu mencari diri awak yang sebenar. Setelah menjalankan beberapa sesi kaunseling dengan saya, saya rasa kehidupan awak sebelum awak kemalangan adalah lebih baik dari kehidupan awak yang sekarang. Mengenai mimpi yang awak selalu alami itu, itu adalah gambaran tentang masa lalu awak,” ulas Dr. Morrison dengan panjang lebar.

“Jika awak benar-benar bersedia untuk kembali ke masa lalu awak, awak beritahu saya. Kita akan usahakan sama-sama,” sambung Dr. Morrison lagi.

Mendengar akan ulasan Dr. Morrison membuatkan Hakimi berfikir seketika. Dia telah membuat keputusan muktamad. Dia ingin mengenali dirinya yang sebenar.

“Kamu pasti?” tanya Dr. Morrison meminta sebuah kepastian setelah Hakimi menyuarakan keputusannya.

Hakimi beria-ia mengangguk kepalanya. “Yes, I am very sure.”

“Baiklah, kalau macam itu, saya akan tamatkan sesi kaunseling awak hari ini juga,” Dr. Morrison mencapai pen dan terus menulis sesuatu di dalam fail perubatan pesakitnya itu.

“Tapi bukan Doktor kata, Doktor akan tolong saya kan?” Adi Hakimi hairan.

“Kita akan berhubung secara peribadi. Ada seseorang dalam ahli keluarga saya yang boleh membantu kamu. Semua ini diluar kawalan saya. Saya khuatir jika perkara ini sampai ke pihak atasan, mereka akan mengambil tindakan saya. Semua ini saya lakukan untuk menolong kamu dan juga membantu anak saudara saya,” jelas Dr. Morrison lagi.

“Apa kena mengena anak saudara Doktor dengan saya?”

“Saya akan terangkan dengan lebih lanjut di luar waktu pejabat nanti. Buat masa ini saya nak awak pulang dan tenangkan fikiran, ok?” Dr. Morrison meyakinkan Adi Hakimi tentang hal ini. Dan Dr. Morrison tekad dia ingin membantu lelaki di hadapannya ini.

“Saya percaya pada doktor. Saya menaruh harapan yang besar untuk semua ini. Thank you so much, sir!” Hakimi menghulurkan salam buat Dr. Morrison dan terus berlalu.

Lamunan Hakimi dikejutkan oleh seorang budak kecil yang terlanggar dirinya.

“I’m sorry Sir,” pantas saja budak kecil itu meminta maaf kerana kesalahannya.

“No problem dear,” dan budak kecil itu terus mendapatkan ibunya yang duduk tidak jauh daripada tempat duduknya. “Ah, Japanese rupanya” bisik hati Hakimi dan terus membongkokkan badannya sedikit apabila dilihatnya wanita Jepun dan budak kecil itu tersenyum dan membongkokkan badan mereka sebelum berlalu.

“Ah, dah pukul 12.30 rupanya. Cepatnya masa berlalu,” Hakimi berbisik perlahan bila dia melihat jam tangannya semula. Hakimi tidak sedar akan lamunannya yang begitu panjang. “Baik aku berangkat sekarang, nanti dicari pula,” kata Hakimi lagi bila terkenang akan janji makan malam bersama Lena dan ayahnya lewat petang itu.

Perlahan-lahan kaki Hakimi melangkah meninggalkan kafe rumah sakit itu.

****

wcDua minggu sudah berlalu selepas pertemuannya yang terakhir bersama Dr. Morrison. Namun harapan tinggal harapan. Dr. Morrison tidak ada menghubunginya. “Ah, mungkin ingatan ku tidak mungkin akan dapat pulih tapi dia tidak berani hendak memberitahunya padaku,” Hakimi mula beranggapan pada janji tela ditaburkan oleh Dr. Morrison mengenai ingatannya. “Tapi kenapa dia sanggup menaruh harapan jika dia tidak dapat lakukan sesuatu? Bukankah tugas seorang doktor sepatutnya untuk menyatakan perkara yang sebenar dan menenangkan pesakit walau apa pun jua terjadi?” tukas Hakimi pada anggapannya yang tidak sudah itu.

Hakimi ingin menuju ke dapur membuat sarapan bila telefon bimbitnya berbunyi.

“Hello. May I speak with Hakimi please?” kedengaran satu suara menembusi corong telefon bimbitnya.

“Yes, Hakimi speaking. How can I help you?” jawab Hakimi formal.

“Adi!!!” teriak suara di dalam telefon itu apabila tahu bahawa empunya diri mengesahkan identitinya. “Ini aku lah, Wu Chun!”

“W-Wu C-Chun?” gagap Hakimi menyoal kembali nama si pemanggil. Nama itu memang dia kenal. Seingatnya sudah lama dia tidak mendengar nama itu.

“Aku dengar kau sakit geng! Kau tak ingat aku geng?” bertalu suara Wu Chun memecah gendang telinga Hakimi yang masih terdiam.

Wu Chun hairan bila Hakimi tidak menjawab soalannya. “Ah agaknya aku terlalu mengejut kot memperkenalkan diriku padanya”

“Wu Chun, aku ingat kau. Kau kan kawan baik aku masakan aku tak ingat?” balas Hakimi bila dia mula mendapatkan dirinya. “T-tapi tolong aku Chun! Aku dalam dilema waktu ni. Aku ada accident. Aku tak ingat apa yang berlaku sebelum itu. Yang aku ingat kita terpisah selepas kita Maktab Duli dulu Chun! Itu aje..apa yang berlaku selepas itu buat aku curious. Mustahil kan untuk perhubungan kita terputus sebegitu?” luah Hakimi dan tanpa disedarinya air mata lelakinya mengalir.

Wu Chun yang mendengar akan luahan sahabat baiknya itu merasa terharu. “Aku tau kau sakit Adi. Aku tahu semuanya. Kau kenal Dr. Morrison kan? Dia yang bantu aku untuk cari kau, Adi. Kau menghilang tanpa khabar sejak kau berlepas ke United Kingdom enam bulan yang lalu. Kau ingat ke semua itu?”

“Aku tak ingat, Wu Chun. Yang aku tahu aku sudah tinggal lama di sini. Kau kenal Lena? Dia kawan aku satu universiti dulu dekat United Kingdom. Dia yang selamatkan aku dari kemalangan itu. Kalau bukan kerana dia, aku tidak mungkin akan berada di dunia ini lagi, Chun.”

“LENA? Kau jumpa dengan Lena?” Wu Chun terkejut mendengar nama perempuan itu. Dia kenal dengan perempuan itu. Argh! Ini tidak mungkin terjadi. Mengapa mesti Lena?

“Kenapa Chun? Kenapa kau terkejut? Don’t tell me kau kenal dia Chun. Cause dia kenal kau,” Hakimi mula sangsi akan perhubungan yang terjalin antara dia dan Lena. Tetapi tidak mungkin Lena bersikap begitu. Lena adalah seorang gadis yang baik walaupun hidupnya sudah betukar satu peratus mengikut ala barat.

“I-I call you back, Adi. Aku janji akan tolong kau. Aku akan terangkan semuanya, segala-galanya. Please trust me. But right now, I have to go,” Wu Chun meminta izin untuk menamatkan perbualan mereka. Di kepalanya telah diaturkan satu rancangan. Hari sudah larut malam. Esok dia akan menempah tiket penerbangan ke Switzerland. Dia perlu bersemuka dengan Adi Hakimi. Dengan menggunakan telefon tidak mungkin akan dapat menyelesaikan segala-galanya. Sahabat baiknya itu kini dalam bahaya.

“Oh-okay. Please call me back, Chun. Is this your number? If not, I will save it,” Hakimi akur dengan permintaan Wu Chun. Lagipun dia terdengar bunyi ketukan pintu. Pastinya Lena. Perempuan yang tidak pernah gagal untuk menganggu hidupnya.

Selepas mematikan panggilan, Hakimi bergegas ke pintu depan untuk membukakan pintu buat Lena. Wu Chun pula termenung. Memori lama bermain semula di mindanya. Memori percutiannya bersama Hakimi sewaktu cuti musim panas pertama Hakimi di United Kingdom. Dan kehadiran seorang perempuan kacukan bernama Lena Heidi Amir Ariffin. Tidak mungkin dia akan melupakan raut wajah perempuan berdarah Swiss. Tak mungkin! Dan tak mungkin Adi akan ingat pada perempuan itu sedangkan ingatan Adi hanya terhad pada apa yang terjadi ketika mereka masih berada di tingkatan enam.

## Siapakah sebenarnya Lena?

Selepas Alyaa memutuskan di satu talian, Wu Chun pantas mencapai tualanya untuk membersihkan dirinya.  Jam di dinding bilik tidurnya sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Tidak sedar masa berlalu begitu dengan pantas. Banyak perkara yang dia dan Alyaa bualkan. Dari satu topik ke satu topik. Sejurus selepas Wu Chun selesai mengenakan baju tidurnya dan bersiap sedia untuk melelapkan matanya, telefon bimbitnya berdering. Tangannya pantas menjawab panggilan itu bila dapat tahu yang Ella menghubunginya.

“Honey, kenapa ni?” Wu Chun bertanya kepada buah hatinya, Ella. Perbualan mereka dilakukan dalam bahasa mereka sendiri, iaitu bahasa Kantonis.

“Hmm, I have news” Ella menjawab. “Buka pintu untuk I, I dah ada kat depan pintu rumah you ni.”

Mendengar akan itu, Wu Chun bergerak ke laman utama apartmennya untuk membukakan pintu untuk Ella.

Ella tercegat di hadapan pintu dengan membawa tiga kotak Pizza Domino kesukaannya. “Ini untuk you. I tahu you belum makan malam,” Ella memberikan senyuman paling manis buat pujaan hatinya itu.

Wu Chun hairan akan kedatangan Ella malam-malam buta sebegini. Tapi dia percaya akan buah hatinya itu. Hatinya gusar. Dia tidak tahu berita apa yang ingin disampaikan oleh Ella padanya. Mungkinkah? Wu Chun cuba mengusir sangkaan buruk yang mula menerpa mindanya.

“Tak, aku tidak mungkin akan melepaskannya. Tak mungkin. Dan ini semua akan tak akan terjadi,”bisik hati Wu Chun.

Dia menghampiri Ella yang sudah duduk di hadapan TV setelah dia berlalu mengambil beberapa tin coke dari dalam peti sejuk di dapur. Wu Chun mula bersuara. Resah.

“Sayang, no worries lah. Ni tak ada mengena pun dengan hubungan kita,” Ella tersenyum bila menyedari akan perubahan air muka Wu Chun.

Iyalah kan, kehidupan mereka berdua bukanlah seperti kehidupan pasangan biasa yang lain. Sana sini, dilanda gossip. Bagi Ella, itu adalah lumrah kehidupan kerana dia terlebih dahulu menceburi bidang seni. Tapi bagi Wu Chun, itu adalah sesuatu yang baru baginya. Lebih-lebih lagi, dia mengambil langkah untuk menjalin hubungan cinta dengan Ella, seorang penyanyi dari kumpulan terkenal S.H.E yang gosip selalu melanda kumpulan itu. Jika dia punya kuasa, dia tidak akan jatuh cinta. Ternyata, Wu Chun tidak mempunyai kuasa ajaib itu dan dia tidak dapat membohongi hatinya sendiri. Cinta mereka berputik di set penggambaran Hana Kimi yang berlangsung beberapa bulan lalu. Dan setelah melalui pelbagai rintangan dan dugaan, Wu Chun merasa lega yang Ella setia bersamanya. Bersama mereka menepis segala berita-berita palsu yang langsung tiada asasnya.

Walau bagaimanapun, Wu Chun selalu teringat akan kata datuknya yang berada di Brunei, “Sehebat mana pun kuasa cinta, hati manusia akan tetap berubah. Percaya padanya dan saling membantu untuk mengekalkannya”. Dia setuju akan tiap butir kata dari pesanan datuknya itu. Dalam dunia ini, hati manusia tidak akan pernah tetap. Sebab itu lah dia risau bila Ella datang tengah-tengah malam ingin berkongsi berita. Dia belum sedia untuk dilukakan.

“So, apa sebenarnya?” setelah lama Wu Chun mendiamkan diri di samping Ella.

“Ingatkan dah tak nak tahu dah. Sedap sangat agaknya Pizza tu, sampai tak ada bunyi,” balas Ella yang sedang mengelap mulutnya dengan tisu dan bersiap sedia untuk memulakan perkhabaran yang dibawanya.

Wu Chun membuka satu tin Coke dan menyuakannya pada Ella.

“Hmm, tadi petang, I dapat call dari uncle I kat Switzerland,” Ella menyambut tin Coke yang dihulurkan dan memulakannya.

Kirai Wu Chun terangkat kehairanan. “Uncle you yang mana?”

“Ala, you ingat Aunty Michelle yang baru kahwin tahun lepas. Ingat tak? Kan kita ada datang majlis kahwin dia kat Hong Kong last time. I did introduce you to her. Dia kan kahwin dengan lelaki berketurunan Switzerland,” balas Ella cuba mengingati Wu Chun akan emak saudaranya, Michelle yang kini berada di Switzerland.

“Ok, ok. I ingat now. You mean, Uncle William? The psychologist?”

Ella mengangukkan kepalanya.

“Kenapa dengan dia?”

“He called me this afternoon. He was asking about you. I was curious. So he told me everything. Dia beritahu dia ada patient. So I tanya dia apa kena mengena patient tu dengan you. Dia kata patient tu ada mild amnesia. So masa dia buat sesi kaunseling dengan patient tu kelmarin, patient tu ada sebut nama you. Uncle William tanya dia siapa Wu Chun padanya. Patient tu kata Wu Chun sahabat baik dia dan dia kini berada di Brunei. Bila saja patient tu memberikan jawapan sebegitu, dia teringatkan you. So tu sebab, Uncle called I tadi nak pastikan if you kenal patient tu. Uncle William cakap, patient tu seperti tidak tentu arah. Dia tidak ingat apa yang terjadi pada dirinya,” terang Ella dengan panjang lebar.

Wu Chun terkejut dengan cerita yang baru disampaikan pada Ella itu.

“Could that be Adi?”

“I don’t know. Tu sebab I datang malam ni, nak make sure dengan you. Actually nak call you as soon as Uncle called tadi petang, tapi you kan ada show. I tak nak kacau you”

“Uncle you tak bagitau nama dia ke?”

“Well, Uncle told me nama dia Hakimi. Tu jer. Dia cakap dia tak boleh bagitahu lebih-lebih. Dengan telefon I pun dia kata dia dah breach confidentiality. Tapi niat dia baik, dia kesian dengan patient tu. Dia betul-betul nak tolong,” terang Ella lagi.

Ternganga mulut Wu Chun apabila Ella menyebut nama pesakit yang dimaksudkan oleh bapa saudara Ella itu.

“IT’S HIM! THAT’S ADI!” Wu Chun berteriak terus bongkar daripada tempat duduknya. “Adi Hakimi is his full name”

Ella terkejut akan ketinggian suara Wu Chun tiba-tiba. Dia menarik tangan Wu Chun menyuruhnya duduk kembali. Wu Chun kelihatan gusar. Ella tahu akan kehilangan Adi. Dia tahu apa yang terjadi dengan teman yang baru dikenalinya sewaktu dia melawat Wu Chun di Brunei, Alyaa. Dia turut bersimpati dengan keadaan yang menimpa Alyaa. Mula-mula, dia menuduh Adi yang tidak bertanggungjawab kerana memberi harapan setinggi gunung Everest buat Alyaa. Tapi kini apabila dia mendengar segala-galanya daripada bapa saudaranya, dia merasa simpati.

“Can I have your uncle’s phone number?” tanya Wu Chun pada buah hatinya bila dia sudah dapat menarik nafas lega. Ella mengangguk tanda setuju. Dan mengambil sekeping kertas dan sebatang pen yang terletak di meja kecil bersebelahan dengan sofa yang sedang mereka duduki.

Kepala Wu Chun merasa berat dengan tiba-tiba. Dia tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya. Yang pastinya, bila esok tiba dia akan menghubungi bapa saudara Ella untuk mensahihkan semuanya. Untuk pergi ke Switzerland dalam masa terdekat ini adalah mustahil. Bukan dia tidak mampu, dia lebih daripada mampu. Tapi, jadualnya sungguh ketat. Dia telah berjanji dengan banyak pihak dan tidak mungkin dia akan dapat membatalkannya.

“It’s a small world, after all right?” Ella meletakkan sekeping kertas yang mengandungi nombor bapa saudaranya pada tapak tangan Wu Chun. Wu Chun mengenggam erat tangannya.

“Thank you, honey” Wu Chun memberikan satu kucupan pada pipi kiri Ella. Ella tersenyum malu. Itu adalah kucupan pertama daripada Wu Chun setelah lama mereka menjalin hubungan cinta.

“Tuhan kasihankan Alyaa kot? Itu sebab dia beri petunjuk kat kita untuk jejaki Adi,” sambung Wu Chun lagi. Dia juga tersenyum akan penerimaan Ella. “Dahlah, hari sudah larut ni. Kita akan bincang tentang lagi ni esok. Honey tidur sini saja ye malam ni. You boleh tidur kat bilik I. I akan tidur di bilik tamu. No worries, okay?”

Ella mengangguk setuju. Dia sungguh berbangga dengan teman lelakinya itu. Tidak pernah mengambil kesempatan. Masih menjaga tata susilanya walaupun dia tinggal bersendirian di Taiwan tanpa jagaan ibu bapanya yang kini di berada di Brunei. Wu Chun sememangnya anak yang baik. Juga teman yang baik. Dan kekasih yang baik. Wu Chun punya segala yang dicarinya dalam dirinya untuk mendirikan mahligai indah. Sebab itu, dia berjanji pada dirinya sendiri bahawa Wu Chun akan menjadi lelaki terakhir yang dicintainya seumur hidupnya. Kasihnya pada Wu Chun terlalu tinggi dan cintanya pada lelaki itu juga tiada tandingannya.

Setelah memastikan Ella tidur, Wu Chun beralih ke bilik tamu dengan membawa sebiji bantal dan sehelai duvet. Wu Chun merebahkan badannya pada sofa empuk berwarna kelabu itu. Dia merenung siling. Susah sungguh matanya ingin dilelapkan. Jika boleh, dia ingin menghubungi bapa saudara Ella saat itu juga. Tapi bila terkenangkan akan perbezaan waktu, dia membatalkan niatnya. Kepalanya ligat berfikir. Tidak disangkanya kehilangan Adi ada sebabnya. Dalam hatinya, dia berdoa semoga Tuhan melindungi sahabat baiknya itu. Wu Chun menarik selimut dan menutup matanya berharap agar hari esok akan membawa cahaya kebahagiaan buat dirinya. Dan yang pasti Wu Chun akan menjejaki Adi sebelum mengkhabarkannya pada Alyaa. Biarlah perkara ini dirahsiakan buat sementara waktu. Dia tidak ingin Alyaa bersedih lagi.

Hajah Zaiton hanya mampu menggelengkan kepala melihat anaknya yang sedang duduk berangan di atas buaian sambil merenung langit biru. Dia tidak tahu apa yang membuatkan anaknya berperangai sebegitu. Badan anaknya yang semakin susut, adakah itu kerana diet dan fitness yang diamalkan anak kesayangannya itu atau mungkinkah anaknya ini sedang makan hati? Dari mata seorang ibu, dia pasti tidak salah apa yang dijangkakannya.

Lamunan Alyaa begitu jauh sehingga tidak sedar akan kehadiran ibunya.

“Alyaa, dah kat mana dah? Jepun?” tegur Hajah Zaiton menghentikan lamunan Alyaa.

“Ekeleh-eh mak oii! Nagase Tomoya aku punya!” terkeluar latah tidak logik Alyaa kerana terkejut dek usikan ibunya. “Heesh.. mak ni!”

“Wah..tu ke nama bakal menantu mak? Bila nak bawa dia datang sini? Alamak, kalau macam ni esok lusa mak kena pergi kat kedutaan Jepun nak tanya kot-kot mereka ada bagi kelas bahasa Jepun. Mak rasa mak perlu daftar kelas tu. Iyalah kan, nak practise nak sambut menantu kan?” usik Hajah Zaiton.

“Maaakkkkk!!!” Alyaa mengeluarkan muncung itik.

“Hey, apa yang dibualkan dua beranak ni? Kenapa ni Alyaa? Dari luar dah terdengar suara anak abah ni oii,” Haji Azhar yang baru pulang dari syarikatnya menghampiri isteri dan anaknya yang berada di taman di belakang rumah mereka.

“Mak ni..” belum sempat Alyaa mengadu, Hajah Zaiton menyampuk.

“Eh! Abang dah balik dah. Bang, makanan itik ada abang beli tak? Yang Ton pesan tadi? Itik abang tu dah keluarkan muncung dia dah.. lapar agaknya,” Hajah Zaiton menghulurkan tangannya untuk menyalami suaminya dan masih tidak henti untuk menyakat Alyaa.

“Abahh…….tolonglah Alyaa, abah. Mak ni tak henti-henti sejak tadi tau. Berangan sedikit tak boleh ke?” Meledak ketawa Haji Azhar mendengar aduan anak kesayangannya itu.

Hati Alyaa berbunga riang. Keakraban yang sebegini yang diimpikannya. Sudah lama dia tidak menghabiskan masanya bersama kedua orang tuanya. Dan hujung minggu ini, dia akan pasti memanfaatkannya. Dia ingin melupakan segalanya. Dia ingin mengisi hati semulanya. Dia termenung lagi.

“Hah, tengok tu bang.. dah pergi Jepun lah tu agaknya. Jumpa dia punya Nagase. Confirm bang, kita kena ambil kelas Bahasa Jepun nanti. Nak sambut menantu bang tak lama lagi,” Hajah Zaiton memaklumkan suaminya apabila tersedar yang Alyaa dibuai lamunan lagi.

“Sudah-sudah lah tu Alyaa oii.. anak dara tak baik termenung petang-petang macam ni,” tegur ayahnya dan kali ini lamunan itu terhenti lagi.

Haji Azhar dan Hajah Zaiton sememangnya maklum akan perangai Alyaa Haziqah yang sememangnya minat akan cerita-cerita Jepun, anime-anime, komik-komik dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Jepun. Dan Nagase Tomoya adalah idola anak kesayangan mereka itu. Rupa pelakon Jepun yang terkenal itu sudah tergambar dalam ingatan mereka kerana mereka anak-beranak pernah menghabiskan masa bersama-sama seharian menonton drama lakonan pelakon itu, iaitu ‘My Boss My Hero’. Tapi itu dulu, sewaktu mereka masih punya masa terluang. Tapi kini, keadaan semakin sibuk sejak syarikat Haji Azhar membuka cawangan baru di daerah keempat di Brunei, iaitu Daerah Belait. Dan dia berbangga mempunyai anak seperti Alyaa yang mahu mengikut jejaknya dan kini Alyaa sudah dipercayai untuk mengambil alih pengurusan di ibu pejabat syarikatnya itu.

Alyaa Haziqah hanya tersenyum memandang gelagat ayah dan ibunya yang mula berangkat untuk masuk ke dalam rumah. Alangkah bahagianya jika dia juga punya pasangan yang boleh menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Seperti ayahnya. Dia terkenangkan Adi Hakimi. “Apa khabar dia sekarang?” bisiknya dalam hati. “Ahhh.. buat apa ku kenangkan orang yang tiada lagi?” Alyaa cuba membuang jauh bayangan Adi dari fikirannya. Memang benar, cinta pertama memang susah untuk dilupakan. Dan Alyaa mula mengangkat punggungnya dari buaian untuk masuk ke dalam bagi sama-sama menunaikan sembahyang Maghrib berjemaah bersama ayah dan ibunya.

Malam itu, Alyaa menghubungi Wu Chun. Bila dia rasa sunyi, dia akan menghubungi teman baiknya itu.

“Chunnie!” nyaring suara Alyaa memecah gegendang telinga Wu Chun sejurus selepas talian di pihak yang satu dijawab.

“Baby, what’s up?”

“You buat apa tu?”

“Hmm, I baru balik dari studio. Single terbaru kitaorang nak release awal bulan Februari tahun depan,” jelas Wu Chun ceria.

“Ballad ke?” tanya Alyaa yang sememangnya meminati lagu berkonsepkan balada itu.

“Yup. Tajuk dia Forever With You. Ella yang buat lirik dia.”

Alyaa hanya mengangguk seolah-olah Wu Chun nampak. Dia cemburu akan teman baiknya yang sudah menemui cintanya. Gilirannya entah bila. Mungkin dia memilih sangat kot? Ibunya kata, dia memilih.

“Chunnie, I ni memilih sangat ke?”

“Kenapa tanya macam tu?” Wu Chun hairan.

“Tak, I cemburu tau tengok you dengan Ella. I tak tau bila giliran I nak tiba. I taulah jodoh tu tak ke mana. Tapi kalau kita tak cari, tak ada kan?” sememangnya dengan Wu Chun dia tidak pernah merahsiakan apa-apa.

“Laa.. tu sebab Baby call tonight ke?”

“Taklah, saja nak berbual dengan Chunnie. Rindu gak dengar suara orang yang tengah glamer ni.”

“Tak perlu difikirkan sangat lah tentang hal cinta-cinta ni Baby. Dia akan datang sendiri. Kalau dicari, takut nanti tersalah pilik. Kan menyesal. Betul tak?” Wu Chun cuba meniupkan semangat pada Alyaa.

“Tapi..umur I dah lanjut. Tengok tu, cousin Alyaa yang sebaya dengan Alyaa dah ramai dah kahwin dan yang muda setahun dari Alyaa minggu depan akan mengadakan majlis pertunangan,” Alyaa merungut. “Bukan apa, Alyaa kesiankan parents Alyaa yang kena jawab setiap kali kena tanya, anak kamu bila lagi, tak de yang berkenan ke, memilih sangat kot dan macam-macam lagi. Bosan tau!”

Meledak ketawa Wu Chun mendengar akan rungutan Alyaa.

“Heeesh! Dia ketawa pulak!” Alyaa melepas geram. Makin galaklah Wu Chun ketawa.

Wu Chun menyambung selepas ketawanya reda. “Betul kot kata diaorang you ni memilih ke? Kan masih ramai yang single kat ofis Alyaa? Tak sangkut ke?”

“A’ah.. betul lah tu. Tapi masalahnya sekarang, mereka tu pangkat adik bagi Alyaa tau.”

“Nah, choosy kan?”

“Bukan choosy. Can you just imagine? I’m 27. And yang masih single kat ofis tu baru je nak mencecah 23 tahun. Dan ada yang baru masuk 20 tahun pun. Tak ke haru.. boleh ke imagine Alyaa jalan-jalan dengan dia? Nanti orang fikir kita sponsor dia pulak. Bukan taste Alyaa lah Chunnie, orang yang lebih muda ni. Memanglah sekarang ada orang yang tak kisah, tapi Alyaa kisah. Kalau boleh, Alyaa nak seseorang yang Alyaa boleh depend on, bukan dia yang depend kat Alyaa,” terang Alyaa panjang lebar.

Wu Chun ketawa lagi.

“Hmpfft” Alyaa merasa tidak puas hati bila Wu Chun ketawa lagi. “Tu je lah yang you tau kan? Ketawa dan ketawa. Tak kesian ke tengok kawan baik awak ni?”

“Bukan apa, ini lah first time I dengar you merungut berjela-jela tau. Tentang cinta pulak tu. Like I said earlier, don’t look for it. Jangan fikir banyak. Nanti naik lagi blood pressure you. I jugak yang susah tau,” balas Wu Chun.

“Oh, baru I ingat. Apa kata you ambik cuti? Minta kat Uncle Azhar? Hmm, hujung bulan Februari tahun depan?” tiba-tiba Wu Chun teringat sesuatu.

“Ada apa? Awalnya plan. Tahun baru pun belum!”

“Iyalah kena plan awal tau. Dapat tempah tiket untuk Alyaa,” Wu Chun masih berteka-teki. “Kita sambut birthday Alyaa tempat special pulak this time”

“Wah! Birthday? Alamak Alyaa lupalah. Alamak, meaning I’ll be 28 next year. Oh my gosh! CHUNNIE! You sengaja ke?”

“Chill Baby, it’s okay what. I’m turning 28 too next year. Same whaat! Lagi awal daripada you tau,” Wu Chun cuba menenangkan Alyaa yang sudah mula gelabah.

“Ok, tell me! What’s in?” tanya Alyaa bila reda.

“Alyaa nak join Wu Chun tak pergi Tokyo? Kita sambut birthday Alyaa kat Tokyo? You want?”

“YES! YES! I DO,” Alyaa berteriak gembira seperti Jessica Simpson bila dilamar oleh Nick Lachey untuk mengahwininya.

“That’s my dream Chunnie! Nanti Alyaa tanya Abah, ok?”

“Kalau dengan Wu Chun, gerenti green light punya,” dengan rasa konfidennya Wu Chun memberikan kata putus. Sememangnya apa yang dikatakan Wu Chun itu memang betul. Wu Chun memang telah dipercayai sepenuhnya oleh kedua orang tua Alyaa untuk mengambil berat Alyaa.

“Eee.. tak sabar lah nak tunggu next year. Februari pulak tu! Musim bunga kat Tokyo kan? Bunga Sakura! Wahhh,” Alyaa teruja dan fikirannya sudah dapat membayangkan keseronokan walaupun dia belum pernah menjejakkan kaki ke negara matahari terbit itu!

Wu Chun tersenyum di talian yang satu. Sekurang-kurangnya dia dapat menggembirakan hati Alyaa. Dia tahu Alyaa masih menanti. Tapi sesuatu itu tidak akan tercapai kerana orang yang dinantikan tidak pernah kunjung tiba.

Alyaa mendapatkan dirinya semula di bumi nyata. “Sebenarnya, you pergi Tokyo nak buat apa?”

“Haa.. ingatkan tak nak tanya. Dah lupa diri lah tu,” usik Wu Chun.

“Celcius ada album promotion kat Tokyo. Dan ada collaboration concert dengan kumpulan NEWS. Lepas tu…” belum pun sempat Wu Chun menghabiskan kata-katanya, Alyaa mencelah.

“NEWS? OH MY GOSH! CHUNNIE! ARE YOU FOR REAL? NEWS AS IN YAMAPI? RYO? OHMYY,” Alyaa menjadi tidak tentu arah.

“Baby kenal diaorang ke?”

“Apa pulak tak kenal? Diaorang tu jejaka idaman Alyaa lah! Nasib lah diaorang tu muda daripada Alyaa. Kalau tak, dah lama dah masuk list calon suami mithali tau!”

Ketawa Wu Chun meledak lagi. Dan nampaknya, kali ini dia berjaya mengalihkan seluruh perhatian Alyaa daripada memikirkan perkara yang remeh-temeh. Dan seterusnya, perbualan mengenai fandom Alyaa diteruskan. Dan Wu Chun dengan rela hati meminjamkan telinganya.

Hampir tiga jam Alyaa berbual dengan teman baiknya, Wu Chun. Dia bersyukur kerana mempunyai Wu Chun yang sentiasa sudi melayannya walau di mana pun dia berada dan tidak pernah merungut walaupun dia sebenarnya letih. Pengorbanan Wu Chun terlalu besar dalam persahabatan mereka. Dan dia tidak mampu untuk membalasnya.

Selepas menamatkan perbualannya dengan Wu Chun, Alyaa mengukir senyuman gembira. Impiannya untuk menjejakkan kaki ke negeri kelahiran pelakon kesayangannya itu akan tercapai jua akhirnya. Dan jika tidak ada aral melintang, dengan bantuan Wu Chun, dia akan berpeluang untuk bertemu dengan kumpulan kesayangannya, iaitu kumpulan NEWS di belakang pentas nanti. Tapi apa yang pasti, dia akan mendapat tempat duduk VIP untuk menyaksikan konsert gabungan Celsius dan NEWS itu. Itu sudah cukup baginya.

Tangan Alyaa pantas mencapai buku bahasa Jepun dan membelek-belek untuk menyegarkan ingatannya kembali pada bahasa itu. Alyaa pernah mengambil kursus bahasa Jepun sebagai modul elektif sewaktu di universiti dulu. Dan sememangnya, dia tidak akan punya masalah untuk berkomunikasi bila tiba di Jepun nanti. Dan kemahirannya ini juga adalah salah satu sebab utama kenapa Wu Chun membawanya bersama untuk ‘album tour’ Celcius tahun depan.

Alyaa memasang angan-angan. Dan wajah Nagase Tomoya bertandang. Dan tanpa dia sedari, Alyaa sudah dibuai mimpi.

Musim sejuk telah tiba. Kesan daripada cuaca sejuk menyerap masuk ke tulang seseorang yang sedang dibuai mimpi indah di sebuah bilik di apartmen yang menghadap gunung indah yang selimuti ais putih. Adi Hakimi tersedar daripada tidurnya kerana kesan sejuknya yang menyerap masuk ke dalam badannya membuatkan dia menggigil.

Tetapi sejuk adalah faktor kedua yang membuatkan dia terbangun. Dia sebenarnya terkejut kerana mimpi yang bertandang dalam lenanya itu. Dalam masa seminggu ini, dia asyik bermimpi perkara yang sama. Lenanya didatangi seorang wanita yang berbadan gempal yang mempunyai wajah yang cukup cantik pada pandangannya. Dalam mimpinya itu, wanita itu memberinya satu senyuman yang cukup manis dan memanggilnya dengan panggilan Adi secara perlahan. Siapakah wanita itu?

Seingat dirinya, semenjak dia menjejaki kakinya ke bumi Switzerland, dia tidak pernah dipanggil dengan nama Adi. Tetapi dia lebih senang dengan panggilan

‘Kimi’ singkatan daripada namanya Hakimi. Adi Hakimi.

Loceng rumahnya berbunyi. Hakimi bingkas bangun dari tempat tidurnya. Dan menyarungkan t-shirt putih dan seluar jean hitam sebelum menyambut panggilan tetamu itu.

Dia membuka pintu apartmen dan di depannya kini berdiri seorang wanita cantik.

“Good morning, sayang. Sayang baru bangun ke?” Wanita itu menghadiahkan sebuah kucupan pada pipi kanannya. Dan perkara itu adalah perkara biasa baginya dalam masa dua bulan. Tapi tidak dalam masa seminggu ini. Entah kenapa, dia rasa kurang senang akan perangai wanita di hadapannya itu.

Wanita itu cuba untuk menanamkan bibirnya yang mungil itu pada bibir Hakimi, tapi Hakimi menolak lembut.

“Why, sayang?”

“I just don’t feel like it, Lena

“What is wrong with you? It has been one week you’ve been acting like this,” wanita cantik bernama Lena itu membuntangkan matanya dan terus menerpa masuk ke dalam apartmen lelaki tampan itu.

Lena menyedari perubahan yang berlaku dalam diri Adi Hakimi. Dan itu adalah sesuatu yang dikhuatirinya. Dia tidak ingin kehilangan lagi. Cukuplah sekali dia ditinggalkan oleh Syafiq. Lena tidak sanggup terluka lagi. Yang diingininya hanyalah satu, dia tidak mahu Hakimi terkenang akan masa silamnya.

Dia masih ingat malam itu. Dia dan papanya, Encik Amir Ariffin baru pulang daripada parti harijadi yang diadakan di rumah sahabat baik allahyarham ibunya, Puan Hayden Jones Abdullah iaitu Mr. David Tutera. Dan dalam perjalanan pulang itu, dia terkejut bila papanya menekan brek dan menarik brek kecemasan apabila mereka terpandang satu susuk tubuh yang terbaring memblok jalan kecil. Mahu tidak mahu, papanya terpaksa memberhentikan kereta itu dan turun.

Mata Lena terpaku pada sebuah kereta Lexus IS400 berwarna biru gelap yang remuk merempuh pokok ru di sebelah kanan jalan. Melihat akan keadaan itu, dia dan papanya bergegas turun menghampiri tubuh itu.

Encik mencapai pergelangan tangan Hakimi untuk memeriksa denyutan nadinya. “He’s still alive. Kita patut bawa dia ke hospital segera,” dan tanpa membuang masa, Encik Amir terus mengangkat tubuh yang telah terkulai lemah itu ke dalam Mercedes hitamnya itu dan memecut laju untuk ke rumah sakit yang berdekatan.

Doktor yang bertugas pada malam itu memaklumkan pada mereka bahawa lelaki itu mengalami hentakan yang begitu kuat pada kepalanya dan boleh mengakibatkan ‘temporary loss’ pada ingatannya. Lelaki itu tidak akan dapat mengingat siapa dirinya dan apa yang telah berlakunya dalam masa terdekat. Dan apa yang diramalkan oleh Dr. Robertson tepat.

Apabila lelaki itu sedar keesokkan harinya, dia melihat muka yang asing di hadapannya. Lena berada di hadapannya. Dan semuanya berlaku begitu pantas. Lelaki itu hanya memperkenalkan dirinya sebagai Adi Hakimi. Tetapi apa yang berlaku pada yang mengakibatkan dia terlantar di rumah sakit itu tidak dapat diputar kembali.

Lena yang sebenarnya sudah mula jatuh hati pada Hakimi hanya menerangkan seringkas yang boleh apa yang telah berlaku pada malam itu. Semua tentang Hakimi sebenarnya ada dalam simpanannya. Barang-barang yang ada dalam kereta Hakimi semua kini dalam simpanannya. Siapa sebenarnya diri Hakimi, hanya dia dan papanya yang tahu. Dialah sebenarnya yng bertanggungjawab menukar semua tentang diri Hakimi. Menamatkan talian telefon Hakimi adalah jalan yang terbaik untum mebuatkan Hakimi berada di sampingnya. Lena tahu akan kewujudan seorang wanita bernama Alyaa dalam masa lampau Hakimi, tapi dia telah mengambil kesempatan akan keadaan Hakimi yang tidak mengingat apa-apa itu untuk membuka jalan bagi dirinya mendekati jejaka tampan itu.

Dan sekarang Lena begitu risau akan keadaaan Hakimi yang seolah-olah tidak teurus. Dia pasti suatu hari nanti rahsia yang telah disimpan rapi itu akan terbongkar jua akhirnya. Lena cuba membuang jauh pemikiran sebegitu. Dia pantas berlalu ke dapur untuk menyediakan sarapan buat Hakimi. Sesuatu yang dilakukan semenjak dua bulan yang lalu,

“Sayang, I’ll make scramble eggs with baked beans for you today. Will that be OK?” tanya Lena apabila melihat Hakimi keluar dari bilik tidurnya setelah siap membersihkan dirinya.

“That should be fine, Bi,” balas Hakimi pura-pura ceria. Dia tidak ingin rahsianya terbongkar. Dia sedar akan kesilapannya menolak dan cuba menjauhkan dirinya daripada Lena sejak dua tiga hari yang lalu. Dan jika perkara ini berlarutan, dia takut apa yang cuba disembunyikan dari Lena terbongkar. Dua hari yang lalu, dia telah berjumpa dengan Dr. Robertson untuk mengaturkan agar dia menjalani rawatan intensif bersama Dr. Morrison, seorang pakar psikologi merangkap pakar neurologi untuk memulihkan semula ingatannya. Dia pasti akan masalah yang dihadapinya adalah sementara. Dan dia inginkan memori nya kembali semula.

Waktu ini Hakimi hanya terkenangkan memori sewaktu kecilnya. Yang dia tahu, dia adalah yatim piatu di dunia ini. Dan dia hanya punya seorang sahabat bernama Wu Chun. Dan memorinya hanya terbatas sehingga dia dan Wu Chun terpaksa berpisah untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang masing-masing bagi menjamin masa hadapan mereka. Di mana Wu Chun berada sekarang dan apa yang Wu Chun buat waktu ini tidak ada dalam ingatannya.

Dia percaya akan apa yang dikatakan oleh Lena. Dia bertemu dengan Lena sewaktu dia melanjutkan pelajarannya di United Kingdom. Dan mereka adalah pasangan kekasih. Dan kini dia adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya yang membuka sebuah syarikat yang cukup terkemuka di United Kingdom yang dinamakan sebagai Emerald Empire. Dan dia kini berada di Switzerland untuk bertemu dengan seorang usahawan terkenal bertujuan untuk membincangkan pembukaan cawangan syarikatnya yang baru di Switzerland.

Hakikat yang dia dan Lena adalah pasangan kekasih seolah tidak dapat diterima oleh hati dan perasaan Hakimi. Entah kenapa dia tidak dapat merasakan perasaan cinta itu. Secantik mana pun Lena, sebaik mana pun Lena, hati Hakimi menafikannya. Jika dulu, dia percaya mungkin kerana dia kurang sihat perasaan itu kendur. Tapi sekarang Hakimi telah pulih sepenuhnya, tetapi perasaan dia untuk Lena tidak langsung timbul meskipun untuk sebesar zarah. Bila mimpi itu menjelma, dia bulatkan tekadnya untuk mencari diri yang sebenar. Tambahan lagi setelah dia bertemu semula dengan Dr. Morisson untuk pemeriksaan bulanan apabila doktor itu menyatakan perkara yang sebenarnya.

Sedang mengelamun di atas sofa sementara menunggu Lena menyediakan sarapan, dia tercium bau hangit yang datangnya dari dapur. Dia pantas bongkar. Dan menghampiri Lena yang menghadap kuali. Dilihatnya telur yang digoreng sudah berubah warna. Dia mengejutkan Lena yang sedang dibuai angan.

Lena, HEY! Dah sampai mana?” Hakimi lantas mencapai ‘ladle’ dan mengangkat kuali yang hangus ke dalam sinki. Bila terdengar bunyi air, Lena tersedar dari lamunannya. Lena mendekati Hakimi yang berada di hadapan sinki.

“OMG! I’m sorry sayang!” air mata Lena mengalir.

Melihat akan keadaan yang tiba-tiba itu, Hakimi menjadi cemas.

“Bi, kenapa nangis ni?”

“I – I don’t know. I don’t want to lose you sayang,” Lena terus mendakap tubuh sasa Hakimi.

Hakimi terkejut dengan kenyataan yang baru terluah itu. Dan perasaan hairannya makin bercambah. Hakimi melepaskan dirinya daripada dakapan Lena dan menyapu airmata Lena yang bercucuran seperti air terjun Niagara itu.

“Sshh..dah lah Bi. Why would I leave you? It’s okay. Stop crying. You demam agaknya?” Hakimi menekapkan tapak tangannya pada dahi Lena. Lena tersenyum hambar. Dan Hakimi seolah mengerti dengan Lena yang sedang berperang dengan perasaannya sendiri.

Bulan Disember telah menjelma. Dan dalam masa sesingkat itu, Alyaa berjaya menurunkan berat badannya sehingga ke tahap ‘normal weight’ dan mengubah cara hidupnya. Kini dia hanya perlu mengunjungi pemeriksaan kesihatan enam bulan sekali. Kerana keadaan darah tingginya masih perlu dibuat pemeriksaan. Alyaa bersyukur kerana atas bebelan tak henti Wu Chun, dia berjaya melakukannya.

Walaupun begitu, rintihan dalam hati tiada siapa yang tahu. Alyaa merindu. Dia rindu pada seseorang. Seseorang yang pernah datang berkunjung ke pintu hatinya enam bulan yang lalu. Adi Hakimi.

Kenangan enam bulan yang lalu terimbas kembali. Alyaa tidak menyangkakan pada hari perdamaian untuk perang kecil yang tercetus antara dia dan Adi, itulah kali terakhir dia akan menatap wajah kacak itu. Pada malamnya, Adi berangkat ke United Kingdom untuk menguruskan cawangan Emerald Empire yang baru buka di sana.

Dan keesokkan harinya, Ella dan Wu Chun pula terpaksa berangkat kembali ke Taiwan kerana ada sidang media yang wajib mereka adakan. Sepeninggalan itu, Wu Chun telah mengamanahkan Sherry untuk menguruskan kemasukan Alyaa ke Fitness Zone. Sesungguhnya sahabat baik nya itu begitu mengambil berat akan kesihatannya. Hari-harinya tidak pernah kosong daripada Wu Chun kerana Wu Chun akan menghubungi setiap hari. Kalau dia sibuk pun, sekurang-kurangnya Wu Chun akan meninggalkan pesanan ringkas dalam telefon bimbitnya. Dan segala rekod fitness Alyaa sememangnya ada dalam genggaman tangan Wu Chun.

Perihal Adi pula, sejurus mendarat di lapangan terbang Heathrow, Adi ada menghantarkan MMS pada telefon bimbitnya menyatakan bahawa dia telah selamat sampai di United Kingdom. Empat bulan yang pertama, Adi rajin menghantar MMS hampir setiap hari kepada Alyaa memberitahu aktiviti hariannya. Pagi Alyaa begitu indah bila tiap kali dia bangun, dia akan menghadap wajah tampan mirip pelakon kegemarannya itu. Adi akan sentiasa menghantar MMS dirinya berlatarbelakang kan pemandangan indah setiap tempat yang dikunjungi. Tapi semenjak dua bulan yang lalu, Alyaa tidak lagi menerima MMS daripada Adi. Kali terakhir dia menerima pesanan bergambar itu apabila Adi memberitahu bahawa dia berada di Switzerland untuk mesyuarat penting. Dan gambar Adi berlatar belakangkan The Alps, Switzerland itu adalah pesanan terakhir yang Alyaa terima daripada Adi. Semenjak itu, dia tidak pernah lagi mendengar berita daripada Adi.

Alyaa ada cuba untuk menghubungi Adi. Ternyata usahanya sia-sia. Nombor telefon Adi telah ditukar dan tiada lagi dalam sistem pendaftaran syarikat telefon gergasi yang beroperasi di Eropah, O2.

Apa yang dikatakan Adi pada malam Adi ingin berlepas akan sentiasa terpahat dalam ingatannya.

“Alyaa, Adi nak Alyaa tunggu Adi. Adi janji akan sentiasa menghubungi Alyaa kerana Adi begitu mengharapkan sesuatu akan tercipta antara kita. Jika dalam setahun, Adi tiada memberikan khabar berita, Alyaa bebas mencari pengganti Adi. Tolong beri Adi peluang ini untuk membuktikan segala-galanya. I do have that feeling for you,” bisik Adi sambil mengenggam erat tangan Alyaa pada malam perpisahan itu.

Alyaa ingat akan renungan mata Adi pada malam itu. Renungan itu betul-betul telus dan ikhlas. Dan tanpa sedar, dia mengiakan apa yang diinginkan Adi di dalam hati. Dia berjanji sendiri bahawa dia akan setia menanti, sampai bila pun. Ternyata, dia juga perasaan yang sama pada Adi. Walau perasaan itu tidak pernah dikatakan, tapi masing-masing dapat merasakannya.

Wu Chun dan Ella menjadi saksi akan janji yang telah dimeterai itu.

Alyaa terluka lagi. Mengetahui perihal ini daripada Aunty Zaiton tentang keadaan Alyaa, Wu Chun tidak pernah gagal untuk menghubungi sahabat baiknya itu. Wu Chun cuba menjejaki teman sepermainannya di bumi Inggeris itu, tapi usahanya juga sia-sia. Adi hilang tanpa jejak.

Alyaa mulai kembali bekerja semula setelah seminggu berehat di rumah. Kesihatannya sudah semakin pulih. Walaubagaimanapun, selera makannya mulai bekurangan. Berat badannya mulai turun. Fizikalnya mula berubah. Mukanya pucat. Bukankah ini yang dikehendakkinya selama ini? Mengurangkan berat badannya? Tapi apa gunanya kalau gembira di hatinya juga berkurangan? Dia sering merasa sugul. Kalau dia berada dalam watak cerita Jepun ketika ini, dia boleh digambarkan sebagai seorang yang kini diselubungi aura hitam. Dan seorang pun tidak ingin mendekatinya.

Perasaan bersalah sering menyelubunginya. Selagi dia belum dapat bertemu dengan Wu Chun, selagi itu aura hitam itu akan berada di sekelilingnya. Alyaa ingin meminta maaf atas kekasarannya.

Dia mencapai telefon bimbitnya dan cuba untuk mendail nombor telefon Wu Chun. Dia hampa lagi bila nombor itu tidak dapat dihubungi. Dia mengeluh.

“Besar sangat kah kesalahan ku? I’m sorry Chunnie,” Alyaa kesal akan apa yang telah terjadi. Dan air mata nya jatuh menitis.

“Hey, kenapa ni?” satu suara menyapanya dari belakang sedang dia menghadap ke luar melalui jendela di pejabatnya.

Alyaa terkejut dengan suara dengan sapaan itu. Dan terus menoleh. Melihat akan wajah tenang itu, Alyaa terus memeluk erat lelaki itu dan menangis di bahunya.

“I’m sorry. I am so sorry. I didn’t mean to hurt you” Alyaa meminta maaf.

“It’s okay. Lain kali jangan buat lagi ye,” lelaki itu melepaskan pelukannya dan mengelap air mata Alyaa.

“Jom lunch! Ella dah tunggu dalam kereta,” Wu Chun melemparkan senyuman manis.

Alyaa membalas senyuman Wu Chun sambil mengelap sisa air matanya. Dia tidak sangka akan kedatangan sahabat baiknya itu. Sesungguhnya dia adalah seorang yang begitu bertuah kerana mengenali Wu Chun.

Dan Alyaa juga merasa teruja kerana dia akan makan tengah hari bersama dua artis kesayangannya itu, Wu Chun dan Ella. Alyaa dan Wu Chun beriringan turun ke bawah melalui lif kecemasan di belakang pejabat Alyaa.

Di dalam lif, Alyaa hanya mampu ketawa bila Wu Chun terpaksa mengeluarkan rambut palsu dan ‘beanie’ nya untuk dipakainya sebagai tanda-tanda berjaga kerana khuatir di’ambush’ peminat mahupun papparazi yang mungkin boleh terpacul bila-bila masa sahaja.

“You are going to be more surprise when you see Ella in the car” Wu Chun memberitahunya.

Setiba mereka di kereta, Alyaa hanya mampu terlopong bila melihat Ella. “Oh my gosh! Ella! You look stunning! Where did you get all this?” Alyaa menempatkan dirinya di tengah-tengah di tempat duduk belakang dan menemuduga Ella. Wu Chun hanya mampu tersenyum dan mula memandu ke destinasi mereka.

Ella menjawab soalan Alyaa satu persatu. Rupa-rupanya Wu Chun singgah sebentar di rumah Alyaa tadi untuk meminjam baju kurung Alyaa. Ella nampak begitu cantik bila mengenakan baju kurung itu. Alyaa sendiri tidak ingat bahawa dia ada mempunyai baju sebegitu. Dan wajah Ella didandan cantik stail Indonesia oleh ibunya dan menampakkan perubahan yang begitu ketara pada wajah Ella. Dia tidak seperti Ella yang selalu orang tengok dalam Hana Kimi. Tapi dia adalah seorang Ella yang berbeza. Dan Wu Chun dan Ella seperti pinang di belah dua.

Ella hanya tersipu malu bila dipuji Alyaa di hadapan Wu Chun. Dan mereka ketawa bersama.

Kereta Wu Chun di hadapan sebuah bangunan yang dikenalinya sebagai bangunan Royal Brunei Airlines.

“You girls wait here for a while, ok?” Wu Chun keluar dari kereta dan masuk ke dalam bangunan itu. Alyaa membuat andaian bahawa Wu Chun ingin menempah tiket balik ke Taiwan dan dia malas hendak bertanya.

Alyaa terus berbual dengan Ella dan ketawa mendengar pengalaman lucu yang Wu Chun alami ketika mereka berada di Jepun waktu promosi drama Hana Kimi.

Tawa Alyaa terhenti bila pintu sebelah kiri tempat duduknya di buka. Bulat besar mata Alyaa memandang apa yang kini berada di sebelahnya. Dan mulutnya terus berhenti berbicara.

“Hi Alyaa,” sapa Adi.

Alyaa hanya memberi sekilas senyuman dan duduknya pun bertukar posisi. Dia mengarah ke sebelah kanan tempat duduk belakang dan mengalihkan pandangannya pada luar jendela kereta BMW X5 hitam teman baiknya, Wu Chun. Dia tidak tahu untuk memberikan reaksi sebagaimana apabila itulah kenyataan yang dia harus terima bahawa lelaki yang sering menjenguk dalam mimpinya saban hari kini duduk di sebelahnya. Dia serba salah.

Sepanjang perjalanan menuju ke tempat destinasi mereka, Adi hanya mampu memerhatikan dan selebihnya pura-pura menyibukkan dirinya dengan PDA nya. Dan sekali sekala menyampuk perbualan Wu Chun dan Ella yang berada di bahagian hadapan kereta. Seolah-olah mereka sedar apa yang sedang bergelodak dalam hati Alyaa.

Ella yang kurang senang dengan suasana yang tiba-tiba bertukar aura itu membuka mulut untuk memecah kesunyian semenjak kedatangan Adi. Ella mengerti apa yang dirasakan Alyaa ketika ini, kerana dia juga pernah merasa semua itu.

“Alyaa, awak okay ke?” tanya Ella dalam bahasa Inggeris.

“I’m fine. It’s just…”

“Is it because of me?” Adi mencelah lembut dan cuba menarik perhatian Alyaa daripada terus menerus memandang luar jendela itu.

“Ok, kita tak perlu usah cerita pasal benda ni lah ye. Past is past. Boleh tak korang berbaik? Berdamai? Itu hak masing-masing untuk selesaikan urusan peribadi masing-masing. Can’t you guys just be professional? Korang bukan budak sekolah menengah lagi nak buat drama merajuk macam ni. Understand?” Belum sempat pun Alyaa ingin menjawab soalan Adi, Wu Chun terus memainkan peranannya sebagai orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pasangan yang duduk di belakang itu.

Alyaa merasa tersentap dengan celoteh Wu Chun. Dia mengalihkan pandangannya ke sebelah kirinya. Dan dilihatnya Adi memberikannya sebuah renungan yang penuh dengan harapan.

Adi terpaksa mengalah untuk waktu ini. Kerana gadis di hadapannya kini, dia merendahkan egonya. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa.

Alyaa merasakan perasaan bersalahnya terlerai bebas bila memandang senyuman ikhlas yang terukir dari bibir Nagase Tomoya nya itu. Manisnya senyuman itu mencairkan hatinya yang beku.

“Let’s be professional, Alyaa” Alyaa mengulang secebis ayat yang disematkan Wu Chun dalam mindanya.

Dia menarik telefon bimbit nya dari beg tangannya dan membuka peti mesej dalam telefonnya dan mula menekan-nekan butang telefon bimbitnya. Dia ingin menghantar mesej ringkas dengan ucapan Terima Kasih untuk pemandu kereta BMW X5 itu. Dia tidak perlu risau untuk Adi mengetahuinya kerana dia tahu apabila Wu Chun sedang memandu, telefon bimbit sentiasa diletakkan dalam mod gegaran.

Bila SMS dihantar, Ella menyambut SMS itu dan menunjukkannya pada Wu Chun. Dan melalui cermin belakang, Wu Chun bermain mata yang bermaksud “ditanggung beres” dalam istilah persahabatan mereka.

Setelah itu, semuanya berlalu seperti biasa. Dan mereka berempat bergelak ketawa seperti biasa.

Alyaa Haziqah mencelikkan matanya hanya untuk memandang siling putih. Kemudian dia mengalihkan pula pandangannya ke sisi untuk melihat ibunya yang sedang tertidur di atas sofa. Rawan hatinya melihat akan kasih yang terpancar di muka ibunya menunggunya sepanjang malam. Hatinya bertanya kenapa dia berada di sini. Dia cuba memutarkan kembali apa yang telah berlaku pada malam sebelumnya. Terbayang semula wajah garang wanita yang cuba menerpanya dan adegan tampar yang diberi wanita itu untuk Adi.

Tekaknya berasa perit. Dia cuba mengangkat badannya sendiri. Tetapi percubaanya itu menyedarkan ibunya bila tudung cawan besi berdenting dan jatuh terkena hos kecil untuk IV drip nya.

“Alhamdulillah, Alyaa sudah sedar, nak? Alyaa ok ke? Alyaa nak minum?” soalan ibunya bertalu-talu dan Alyaa hanya mampu mengangguk lesu.

Pintu dikuak dari luar. Dan ada seseorang di sebalik jambangan bunga matahari yang begitu besar. Alyaa sudah tahu siapa yang berada di sebalik jambangan itu.

“Princess~ this one is for you,” Wu Chun mampir ke almari berdekatan dengan jendela dan meletakkan jambangan bunga itu di situ. “How are you today, my dear?”

“Dia baru je sedar Wu Chun tapi nampaknya dia dah okay dah bila kau datang,” Hajah Zaitun menjawabkan soalan Wu Chun bagi pihak Alyaa.

Wu Chun memberikan satu senyuman manis kepada teman baiknya itu.

“Excuse me, may I come in?” ada satu suara yang begitu lembut menyapa dan pintu dibuka dari luar.

Alyaa dan Hajah Zaitun memalingkan mukanya pada yang empunya suara. Dia tidak menyangka apa yang sedang dilihatnya waktu ini.

“SURPRISEEE!!!” Wu Chun menjerit gembira dan menyambut ketibaan yang empunya suara.

“Oh,oh my~ is this true?” Alyaa mencubit pipinya dia terasa sakit. Alyaa memandang pada kedua-dua wajah yang sedang tersenyum di hadapannya. Dan pada merenung Wu Chun untuk satu kepastian.

Wu Chun mengangguk. “Meet Ella, Alyaa! She just came this morning”

Ella yang berdiri di sisi Wu Chun mengangguk. “Hi Alyaa, nice to meet you. How are you?”

“I—I’m fine. I still can’t believe it that you are here. I- I AM MEETING A SUPERSTAR! How can you come here without being recognised?” Bertalu-talu soalan ditanya Alyaa. Dia sudah lupa kaan kesakitan yang dialaminya.

“Perlahan lah Alyaa nak tanya soalan tu. Alyaa kan masih sakit,” Hajah Zaitun hanya menggeleng kepalanya yang teruja sangat menyambut tetamu yang dibawa oleh Wu Chun.

“Oh before I forgot Ella, meet Aunty. She is Alyaa’s mother,” Wu Chun mencelah dan memperkenalkan Ella pada Hajah Zaitun.

“Who is she Wu Chun?” tanya Hajah Zaitun dalam bahasa Inggeris yang diketahuinya serba sedikit.

Alyaa mencelah, “Alaaa.. emak. Ni lah girlfriend Wu Chun”

“Girlfriend?” Hajah Zaitun meminta kepastian daripada Ella sendiri. Dan Ella hanya mampu tersenyum.

“Beautiful” puji Hajah Zaitun lagi dan pasangan itu hanya tersipu malu.

Telefon Hajah Zaitun berbunyi. “Excuse me for a while” dan Hajah Zaitun berlalu keluar untuk seketika untuk menjawab panggilan telefon itu.

Sejurus selepas ibunya keluar, Alyaa menembak Wu Chun dan Ella dengan seribu satu soalan. Soalan tentang hubungan mereka berdua.

“Honey, is she really sick?” Ella bergurau kerana dia sendiri hairan bagaimana orang sakit boleh bercakap banyak.

“Well, as far as I am concerned. I think she was sick before. Then you came, now she’s feeling fine,” balas Wu Chun mengenyitkan matanya pada Ella.

“Helloooo… I’m here!!” Alyaa yang tahu dirinya sedang diperkatakan melambai-lambaikan tangannya dan pasangan itu hanya mampu tergelak.

“Good afternoon!” satu suara yang tidak asing lagi di pendengaran Alyaa dan Wu Chun terdengar menyapa dan menghentikan gurau senda dan ramah mesra yang sedang berlaku antara mereka bertiga.

“Hey, Adi! Come in!!” Wu Chun menyapa dan bersalam dengan Adi. Alyaa yang sedang seronok berbual dengan Ella terpaku. Dia ingatkan itu adalah khayalannya.

“Alyaa, are you ok?” Ella yang menyedari suasana yang berubah dengan tiba-tiba bertanya pada Alyaa.

Alyaa hanya mengangguk dan matanya terhenti pada Adi yang sedang leka merenungnya. Adi menghampiri Alyaa dan jantung Alyaa berdegup pantas.

“Alyaa, how are you today?”

“Saya ok. Awak tak perlu susahkan diri awak untuk datang melawat saya” balas Alyaa endah tak endah.

“ALYAA!” keras suara Wu Chun tidak setuju dengan perangai Alyaa yang kurang hormat dengan Adi.

Ella yang tidak tahu apa terjadi hanya berdiam diri dan menyibukkan dirinya mengupaskan buah epal yang dibawanya tadi untuk Alyaa.

“It’s okay lah Wu Chun,” Adi menyabarkan Wu Chun yang baginya ingin membasuh fikiran. Adi sedar dia tidak diperlukan di situ.

“If it’s like that, I guess I better move on lah. I will see her next time jer lah. Bye and please take care Alyaa. See you later Wu Chun. And Welcome to Brunei, Ella” Adi mengucapkan kata-kata itu dan berlalu pergi.

Selepas Adi berlalu, Hajah Zaitun masuk semula.

“Siapa tu?” Hajah Zaitun bertanya kehairanan dan nalurinya kuat mengatakan ada sesuatu yang kurang elok telah berlaku.

“Hmm. Our friends Aunty. Datang nak lawat Alyaa tapi ada orang tak sudi dilawat, tu yang dia balik tu” mulut celupar Wu Chun membuatkan Alyaa mengetap giginya menahan geram.

“Tak de apa-apa lah mak. Dia kata dia nak cepat. Tu yang dia balik tu,” Alyaa menafikan jawapan yang diberikan oleh Wu Chun.

“Ok lah Aunty, since you are here, I think Ella and me should move. Lagipun Ella belum lunch lagi. Terus dari airport, dia datang sini tadi,” Wu Chun meminta diri untuk pulang. Alyaa tahu yang Wu Chun marah dengannya.

“Ok Alyaa, we have to go now,” Ella meminta izin untuk berangkat pulang. “I’m hungry already and well, you can have these apples. I cut it especially for you,” Ella menghulurkan pinggan berisi beberapa keping hirisan epal.

Alyaa terasa hati apabila Wu Chun tidak mengucapkan Selamat Tinggal padanya seperti selalu. Agaknya Wu Chun betul-betul marah dengan sikap kasarnya pada teman baik sahabatnya itu.

“I’m sorry Chunnie” Alyaa berbisik dalam hati. Alyaa pun tidak sangka mengapa dia boleh berbuat begitu. Untuk mengecewakan hati teman baiknya tidak pernah pun terlintas dalam fikirannya.

Yang empunya mata mendekati pasangan itu, dan terus menampar pipi Adi. “Jadinya ini kerja abang. No wonder Lina called, abang selalu reject! Dah ada perempuan lain rupanya,” tempik suara nyaring seorang perempuan.

Alyaa terkejut dengan kejadian yang tidak disangka itu. Dilihatnya Adi sedang menyapu pipinya yang baru terkena habuan itu. Dan perempuan cantik di hadapannya itu merenungnya dengan marah. “Hey, perempuan gemuk tak sedar diri! Perampas tunang orang!” perempuan bernama Lina ingin menerpa Alyaa tetapi dihalang oleh satu tangan gagah dari belakang.

“LINA!! STOP IT! What are you doing?” menggeliat Lina melepaskan lengannya yang sakit dipegang oleh Wu Chun.

“Chunnie!!” Alyaa berlari dan menyembunyikan dirinya di belakang Wu Chun.

“ADI! I want you to settle this matter as soon as possible. Alyaa, jom balik!”

Alyaa terkejut kerana inilah kali pertama dia mendengar Wu Chun meninggikan suaranya kepada orang lain. Wu Chun menarik lengannya dan diiringi oleh Tim yang baru sahaja turun dari tingkat atas restoran berkenaan. Tim yang tidak tahu apa-apa hanya tercengang bila melihat ada seorang perempuan sedang menangis di sisi Adi.

Hujan yang turun tadi menjadi semakin lebat. Tim menghulurkan satu payung untuk Wu Chun dan menekan remote keretanya membuka kunci. Wu Chun menyambut huluran itu dan memayungi Alyaa yang sedang menggigil kesejukan dan membawanya ke kereta. Dia mendudukkan Alyaa begitu lemah di pandangan matanya di belakang kereta.

Di dalam kereta, Alyaa hanya mendiamkan diri. Wu Chun meminta Tim untuk menghantarnya ke bahagian kecemasan rumah sakit RIPAS. Dia mengenali Alyaa bukannya sekejap. Alyaa mudah diserang demam bila emosinya terganggu. Dia khuatir jika serangan pneumonia kembali pada diri Alyaa.

Adi masih tercegat memerhatikan kereta merah Mitsubishi Lancer itu berlalu pergi. Dia tidak sangka akan terjadinya perkara sebegini. Hatinya panas. Dan semakin membara mendengar tangisan Lina.

“Lina, kenapa buat macam ni?” Adi menempelak mengajukan soalan pada Lina.

“Lina rindu kat abang. Dah lama abang tak balik kampong,” tersedu-sedu Lina menjawab soalan Adi.

“Tapi Lina tak patut buat macam tu. Kita bukan ada apa-apa hubungan. You BEKAS tunang I Lina! Kita tak akan mungkin kembali seperti dulu. Berhentilah mengharap!” Adi menekankan perkataan bekas tunang. “You yang tinggalkan I dulu, you yang lukakan hati I dulu, you main kayu tiga di belakang I bila I curahkan cinta I pada you. Dan sekarang you nak kembali pada I? I bukan dayus, Lina!”

“Lina tak bermaksud untuk buat abang begitu” dan belum sempat pun Lina menghabiskan kata-katanya.

“ARGHH!! STOP IT! I TAK NAK TENGOK MUKA YOU LEPAS NI LAGI! BERAMBUS!” Adi menghalau dan menepis jari jemari Lina yang cuba untuk memegang tangannya dan dia berlari meredah hujan yang lebat itu. Dia ingin pulang secepat mungkin. Yang ada di fikirannya ketika ini adalah bagaimana keadaan Alyaa. Dia ingin menghubungi Wu Chun secepat mungkin.

Lina tercegat. Dia sedar dia tidak akan ada peluang lagi. Dia pasrah. Ternyata hati Adi sudah tertutup untuk menerima dirinya kembali. Dia merasa bersalah. Dengan air matanya yang turun seperti hujan lebat, dia hanya mampu melihat Adi berlari meredah hujan dan berlalu pergi.

[END OF CHAPTER 1]


  • Tiada
  • ayu: aiii..ni ayu dari penulis cerpen cinta si gendut dulu tu...still remember me?....u pun ada blog yaaa,,,heheheheh..nice cte...
  • leya: best giler ceta nie...nape x habiskan ceta dia,pls sambung ceta nie!!
  • rida: wu chun sma ella beneran pcaran ya ?...

Kategori